MARA terus taja pelajar, fokus dalam negara

MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kanan) ketika melihat Program Pembangunan KKLW untuk 2017 sebelum majlis Amanat Tahun Baharu 2017 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Dewan Seri Lestari KKLW. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kanan) ketika melihat Program Pembangunan KKLW untuk 2017 sebelum majlis Amanat Tahun Baharu 2017 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Dewan Seri Lestari KKLW. – Foto Ahmad Irham Mohd Noor

PUTRAJAYA: Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan terus menaja pelajar cemerlang dengan lebih tumpuan terhadap pengajian dalam negara. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bermula tahun ini, MARA akan memperbanyakkan program berkembar membabitkan pengajian di dalam serta luar negara bagi mengurangkan penghantaran pelajar ke seberang laut.

Mulai tahun ini, katanya, fokus kementerian adalah pengajian dalam negara dengan pelajar mengikuti program asasi dalam negara dan hanya ke luar negara pada tahun ketiga atau akhir bagi memberikan lebih pendedahan. “Ini antara inisiatif menyokong usaha kerajaan menjadikan Malaysia hab pendidikan selain dapat memastikan peruntukan itu diagihkan kepada lebih ramai pelajar.

“Jika kita terus menghantar pelajar dalam jumlah yang besar untuk mengikuti pengajian sepenuh masa di luar negara, kita menghantar isyarat salah kepada pelajar luar negara yang mahu datang belajar di negara ini. “Saya difahamkan kos pengajian perubatan di luar negara mencecah RM1 juta bagi setiap pelajar tetapi jika dalam negara hanya sekitar RM280,000 atau RM300,000. “Kita akan melihat negara lain selain negara tradisi yang sering dipilih untuk menghantar pelajar tajaan.

Mungkin bagi pengajian perubatan kita akan beralih ke India manakala jurusan kejuruteraan di Perancis atau Jerman,” katanya berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2017 di sini, hari ini. Katanya, kerajaan meluluskan peruntukan RM2 bilion tahun ini sebagai biasiswa MARA untuk pelajar Melayu dan Bumiputera.

Sementara itu, katanya, walaupun warga Kementerian Luar Bandar dan Wilayah diuji dengan berita kurang menggembirakan bagi awal tahun ini, beliau berharap perkara itu tidak melemahkan semangat mereka untuk bekerja keras melaksanakan agenda besar memakmurkan rakyat. “Harapan rakyat kepada kementerian ini sangat tinggi. “Walau apa juga masalah dihadapi, kita perlu melaksanakan tugas dengan sebaiknya malah perlu lebih baik lagi berbanding tahun lalu,” katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/232255?m=1

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged . Bookmark the permalink.