Mara jual satu hartanahnya di Australia

Annuar (tengah) ketika sidang media di Ibu Pejabat MARA, hari ini

Annuar (tengah) ketika sidang media di Ibu Pejabat MARA, hari ini

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui anak syarikatnya, MARA Incorporated Sdn Bhd mengumumkan telah memuktamadkan penjualan satu asetnya merupakan bangunan pejabat di Melbourne, Australia.Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, bangunan pejabat 51 Queen Street ini dijual dengan harga AS$23.4 juta (RM76.75 juta).

Menurutnya, MARA Inc memperoleh hartanah tersebut pada tahun 2014.

“Ini merupakan penjualan hartanah pertama MARA Inc di Australia dan urusan penjualan bangunan ini dilaksanakan secara bidaan terbuka yang dikendalikan sepenuhnya oleh sebuah firma ejen hartanah terkenal di Melbourne, Colliers International,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat MARA, hari ini.

Menjelaskan tentang aset tersebut, Annuar berkata, bangunan 12 tingkat ini merangkumi ruang niaga dan ruang pejabat.

Jelasnya, kesemua ruang niaga ini disewakan kepada 24 penyewa dari pelbagai jenis perniagaan.

Tambahnya, langkah penjualan ini sejajar dengan strategi pelaburan jangka panjang MARA Inc.

“Tetapi, pada masa sama juga, kita masih memiliki pelaburan hartanah di Melbourne dan London,” katanya.

Dengan penjualan aset 51 Quenn Street ini, MARA tinggal memiliki tiga aset hartanah di Australia iaitu 7-13 Dudley Street, Caulfield East, Melbourne; 333 Exhibition Street, Melbourne; dan 746 Swanston Street, Carlton, Melbourne.

Sumber:http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/mara-jual-satu-hartanahnya-di-australia-1.609357

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.