MARA jual hartanah bayar hutang

ANNUAR (kiri) ketika sidang media. Turut hadir, Ketua Pegawai Pelaburan MARA Inc, Khairul Azizi Ismail (kanan). FOTO YAzit Razali

ANNUAR (kiri) ketika sidang media. Turut hadir, Ketua Pegawai Pelaburan MARA Inc, Khairul Azizi Ismail (kanan). FOTO YAzit Razali

Kuala Lumpur: MARA Incorporated Sdn Bhd (MARA Inc) menjual satu daripada empat hartanahnya di Australia bagi menyelesaikan hutang dengan dua bank negara itu.

Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa berkata, MARA Inc memuktamadkan penjualan bangunan pejabat 51 Queen Street di Melbourne, Australia yang dibeli pada 2014 dengan harga RM76.75 juta (AUD$23.4 juta) baru-baru ini.

“Urusan penjualan bangunan ini dilaksanakan secara bidaan terbuka dikendalikan sepenuhnya oleh Colliers International, syarikat ejen hartanah terkenal di Melbourne.

“Bangunan pejabat ini merangkumi 12 tingkat ruang pejabat dan mempunyai ruang niaga moden di tingkat bawah.

“Kesemua ruang niaga disewakan kepada 24 penyewa dari pelbagai jenis perniagaan dan bangunan ini diuruskan oleh Savills (Vic) Pty Ltd,” katanya dalam sidang media di Menara MARA di sini, hari ini.

Beliau berkata, langkah penjualan itu sejajar dengan strategi pelaburan jangka panjang MARA Inc dan pada masa ini entiti itu masih memiliki pelaburan hartanah di Melbourne serta London

Sumber:http://www.hmetro.com.my/node/195803

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.