MARA Inc langsai semua hutang di Australia

ANNUAR pada sidang media di ibu pejabat MARA, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto NSTP/Yazit Razali

ANNUAR pada sidang media di ibu pejabat MARA, di Kuala Lumpur, hari ini. – Foto NSTP/Yazit Razali

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui anak syarikatnya, MARA Incorporated Sdn Bhd (MARA Inc) melangsaikan semua hutangnya bernilai A$21.98 juta (RM72.48 juta) daripada dua bank Australia.

Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa, berkata ia hasil penjualan bangunan pejabat 12 tingkat 51 Queen Street di Melbourne, Australia, iaitu satu daripada empat hartanahnya di negara itu pada harga A$23.4 juta (RM76.75 juta).

Katanya, pelunasan hutang serta penjualan hartanah itu yang juga sebahagian daripada pelan rasionalisasi MARA Inc, meletakkan syarikat pada kedudukan kewangan yang kukuh ketika ini. “Kita beli pada harga kira-kira A$21 juta (RM68.4 juta), kita berjaya jual A$23.4 juta, sekali gus kita catat keuntungan serta melangsaikan semua hutang daripada bank Australia.

“Baki tiga lagi aset pelaburan hartanah kita di Australia akan dikekalkan dengan nilai ketiga-ketiga aset itu ketika ini dianggarkan kira-kira A$83 juta atau sekitar RM300 juta,” katanya pada sidang media di ibu pejabat MARA di sini, hari ini.

Semalam, Annuar memaklumkan MARA sudah memuktamadkan penjualan satu daripada empat hartanahnya di Australia, namun tidak mendedahkan harga penjualan itu.

Annuar berkata, urusan penjualan bangunan 51 Queen Street yang diperoleh pada tahun 2014 itu dilaksanakan secara bidaan terbuka dan dikendalikan ejen hartanah Australia, Colliers International.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/232595?m=1

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.