Memperkukuh Gagasan Menjunjung Amanah Rakyat

Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad.

Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad.

oleh Ahmad Soffian Mohd Shariff
media@mara.gov.my

Kuala Lumpur, 9 Januari – Warga MARA perlu meningkatkan lagi usaha untuk memastikan masyarakat Melayu dan Bumiputera terus dimartabatkan terutamanya dalam sektor ekonomi dan pendidikan.

Menurut Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad pelaksanaan setiap program akan datang perlu memberi fokus kepada human factor yang mana hasrat ini selaras dengan matlamat asal penubuhan MARA yang bertujuan mengangkat martabat orang Melayu dan Bumiputera khususnya yang tinggal di kawasan luar bandar.

“Setiap pelan yang kita rancang perlulah bermatlamat untuk menyediakan peluang dan ruang kepada orang Melayu dan Bumiputera untuk berupaya berdikari dan berjaya dalam hidup, malah muncul sebagai masyarakat berorientasikan keusahawanan yang berupaya menguasai pelbagai bidang ekonomi” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Program Wacana Korporat: Gagasan Menjunjung Amanah Rakyat bersama warga MARA di sini hari ini.

Ibrahim berkata ketiga-tiga sektor utama MARA iaitu keusahawanan, pendidikan dan pelaburan perlu diperhalusi agar setiap perkhidmatan yang disediakan oleh agensi ini akan menepati keperluan masyarakat untuk mereka menempa kejayaan.

“MARA perlu menyediakan perkhidmatan yang mengambil kira “need of life” bagi mereka yang memerlukan khidmatnya, selaras dengan apa yang telah dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, bahawa jabatan dan agensi kerajaan hendaklah menjadi penyelesai masalah rakyat,”katanya.

Tambahnya lagi, selaku Entrepreneurial Based Organization, Ibrahim menyeru agar seluruh warga MARA tidak kira di sektor keusahawanan, pendidikan mahu pun pelaburan mentransformasikan diri dengan fokus kepada development oriented dan bukan lagi menjadi administrative oriented dalam membangunkan masyarakat.

“Jika kita lihat negara-negara maju di seluruh dunia, sifat keusahawanan ini dijadikan sebagai budaya yang memacu kejayaan masyarakat setempat, justeru perkara ini perlu diadaptasikan segera di Malaysia,” katanya lagi.

Ibrahim turut menambah, sektor pendidikan perlu terus diberi penekanan melahirkan lebih ramai usahawan, teknokrat serta pemimpin masa hadapan yang seterusnya menumbang kepada pembentukan masyarakat kelas menengah sekali gus meningkatkan Status Sosio Ekonomi (SES) Bumiputera dan seterusnya menjadi pemangkin atau catalyst pembangunan negara.

“Justeru, kita perlu terus cemerlang malah terkehadapan dalam memainkan peranan sebagai transformation agent dengan menyediakan pelbagai keterbezaan platform atau program yang melengkapi pelbagai aspek bagi memastikan kelangsungan kejayaan Bumiputera melalui pendidikan,” tegas beliau.

Mengulas lanjut, Ibrahim turut menegaskan bahawa MARA perlu terus bergerak aktif di dalam sektor pelaburan sebagai peneroka kepada industri baru yang strategik di samping mewujudkan peluang perniagaan serta pelbagai peluang pekerjaan dalam mengupayakan pembangunan usahawan kelas menengah Bumiputera.

“Alhamdulillah, sektor pelaburan memainkan peranan yang cukup signifikan yang mana sektor ini berjaya memastikan kelangsungan kepada kelangsungan operasi kita dalam menjayakan matlamat agenda pemerkasaan Bumiputera,” ulasnya.

Selain itu, beliau turut menyarankan agar MARA terus kekal membudayakan sifat integriti yang tinggi dalam apa jua hal, malah dijadikan budaya kerja kepada semua seperti berteraskan musyawarah, amanah dan fokus kepada rakyat dalam menjadikan agensi ini terus releven di masa akan datang.

“Kita telah pun menyambut ulang tahun penubuhan MARA yang ke 50 pada tahun lepas, dan kini kita berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk memastikan agensi terus “Menjunjung Amanah Rakyat” yang digerakkan selari dengan arus globalisasi dan tuntutan rakyat itu sendiri,” ujarnya lagi.

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.