Melaka mahu tangani kawasan berisiko kemalangan di sekolah

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron dan isteri Datin Seri Fadillah Abdullah melayani murid Tahun Satu, Amrina Irdina Amran,7, ketika hari pertama sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Udang, hari ini. - Foto BERNAMA

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron dan isteri Datin Seri Fadillah Abdullah melayani murid Tahun Satu, Amrina Irdina Amran,7, ketika hari pertama sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Udang, hari ini. – Foto BERNAMA

MELAKA: Kerajaan Melaka mahu pihak pengurusan di semua sekolah di negeri ini menyenaraikan kawasan berisiko tinggi kemalangan bagi tujuan penambahbaikan segera. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata tindakan proaktif serta sistematik dalam menangani masalah kawasan berisiko kemalangan di sekolah mampu mengelak sebarang kecelakaan.

Beliau berkata, pihaknya tidak mahu kejadian seperti yang berlaku terhadap seorang murid perempuan Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Parit Penghulu Benteng di Sungai Rambai, Jasin, yang maut selepas terjatuh di dalam lubang kumbahan, tahun lalu, berulang.

“Tindakan segera perlu dilakukan oleh pihak sekolah dengan meletakkan pita amaran bahaya di kawasan berisiko dan tiada siapa boleh merentasi lokasi itu. Saya harap pihak Pengarah Jabatan Pendidikan negeri senaraikan segera kawasan berisiko ini sebagai kawasan larangan,” katanya selepas mengadakan lawatan dan ramah mesra bersama murid di Sekolah Menengah Arab JAIM Al-Ahmadi; Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Udang.

Yang hadir sama, isteri beliau, Datin Seri Fadilah Abdullah dan Pengarah Pendidikan Negeri Melaka, Abu Bakar Sahari. Sementara itu, Idris berkata, seramai 11,524 murid Tahun Satu dan 5,300 murid prasekolah serta 12,891 pelajar Tingkatan Satu memulakan sesi persekolahan 2017 di negeri ini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/229830?m=1

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged , . Bookmark the permalink.