Isu Pelajar Kurang Berkemampuan MRSM Johor Bahru: MARA Nafi Tidak Menyalurkan Sebarang Bantuan

Pengetua MRSM JB (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada keluarga pelajar

Pengetua MRSM JB (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan semasa berkunjung ke rumah keluarga Norrasyiqah semalam. Foto oleh MRSM JB

oleh Ahmad Soffian Mohd Shariff
media@mara.gov.my

KUALA LUMPUR, 4 Januari – Majlis Amanah Rakyat (MARA) menafikan pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Johor Bahru, Norrasyiqah Hamdan Rasan Tawani Ahmad tidak dibantu dari sudut pengajian beliau seperti mana yang dilaporkan akhbar Harian Metro bertarikh 3 Januari 2017 serta yang tersebar di media sosial dengan tajuk Terima Kasih (sila baca sini).

Pelajar ini sebenarnya menghadapi masalah keluarga apabila bapa beliau gagal dikesan dan menyebabkan keluarga ini hilang punca pendapatan memandangkan ibunya tidak bekerja di samping perlu menanggung enam orang adik beradik beliau yang masih bersekolah serta seorang lagi yang masih kecil.

Justeru, bagi membantu permasalahan tersebut, MARA telah bertindak pantas dengan menetapkan beliau sebagai salah seorang penerima bantuan wang caruman dan wang saku mulai Mac 2016 sehingga beliau tamat pengajian di MRSM.

MARA turut menegaskan bahawa tohmahan yang menyatakan pelajar mempunyai tunggakan bayaran yuran Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 adalah tidak benar sama sekali memandangkan perkara ini telah diselesaikan malah yuran peperiksaan ‘Checkpoint’ International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) sebanyak RM450 juga dilangsaikan hasil sumbangan oleh YB Datuk Normala Abdul Samad, ADUN Pasir Gudang pada 2 Januari 2017.

YB Datuk Normala Abdul Samad menyampaikan sumbangan peribadi kepada Norrasyiqah untuk menjelaskan yuran Checkpoint IGCSE.

YB Datuk Normala Abdul Samad (tengah) menyampaikan sumbangan peribadi kepada Norrasyiqah untuk menjelaskan yuran Checkpoint IGCSE. Foto oleh MRSM JB

Terus peka dengan perkara ini, MARA turut melakukan kunjungan ke rumah pelajar pada 3 Januari yang lepas bagi meninjau keadaan terkini keluarga pelajar di samping menyalurkan bantuan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan harian hasil daripada kutipan derma dari warga MRSM Johor Bahru, Koperasi MRSM, Muafakat MRSM Johor Bahru dan juga rakan-rakan pelajar.

Sesungguhnya, MARA sentiasa berusaha untuk memastikan para pelajar seliaannya terutama bagi pelajar dari keluarga berpendapatan rendah menerima bantuan yang sewajarnya demi kelangsungan kecemerlangan pendidikan mereka.

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.