KPTM mahu kerjasama universiti luar, perkenal kursus baharu

PENGERUSI Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Datuk Ahmad Nazlan Idris di Dewan Besar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Lembah Sireh, Kota Bharu. - Foto Nik Abdullah Nik Omar.

PENGERUSI Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Datuk Ahmad Nazlan Idris di Dewan Besar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Lembah Sireh, Kota Bharu. – Foto Nik Abdullah Nik Omar.

JERANTUT: Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) berminat bekerjasama dengan beberapa universiti luar negara untuk memperkenalkan kursus baharu bagi meningkatkan kualiti pembelajaran.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Nazlan Idris, berkata antara universiti yang dalam perancangan pihaknya untuk bekerjasama ialah dari Australia, New Zealand, Asia Barat dan negara anggota ASEAN.

Katanya, antara kursus baharu yang akan diberi keutamaan ialah teknologi nano, pengurusan alam sekitar dan teknologi pertanian moden. “Pengurusan alam sekitar adalah penting sekarang supaya tidak lagi timbul masalah pencemaran dan kesan sampingan jika sesuatu kawasan itu dimajukan.”

Contohnya, aktiviti perlombongan di satu kawasan hendaklah dilakukan mengikut peraturan. Kita tidak mahu berlaku kesan sampingan yang menimbulkan masalah lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis KPTM Sehati Sejiwa dan penyerahan bantuan persekolahan kepada pelajar miskin di Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah Jerantut, Ali Affandi Abdul Majid. Seramai 200 murid miskin dari 13 sekolah menengah menerima bantuan berupa pakaian sekolah sempena sesi baharu persekolahan minggu depan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/227613

Advertisements
This entry was posted in Korporat and tagged , . Bookmark the permalink.