YPM agih 50,000 beg sekolah

PENGERUSI MARA, Tan Sri Annuar Musa bergambar bersama orang ramai pada Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan YPM bagi tahun 2017 sempena Majlis Walimatul Urus Qubro 2016 anjuran Parlimen Ketereh di Dewan Tun Ghaffar Baba, Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Peringat, di Kota Bharu, hari ini. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

PENGERUSI MARA, Tan Sri Annuar Musa bergambar bersama orang ramai pada Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan YPM bagi tahun 2017 sempena Majlis Walimatul Urus Qubro 2016 anjuran Parlimen Ketereh di Dewan Tun Ghaffar Baba, Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Peringat, di Kota Bharu, hari ini. – Foto Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Yayasan Pelajaran MARA (YPM) mengagihkan 50,000 beg sekolah membabitkan peruntukan RM2.5 juta kepada murid dan pelajar di seluruh negara.

Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa, berkata beg itu akan diserahkan kepada pemimpin setempat dengan kerjasama Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia untuk diagihkan di kawasan masing-masing.

“Kami menyasarkan agihan selesai dilakukan selewat-lewatnya Rabu ini atau pada minggu pertama persekolahan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan YPM bagi tahun 2017 sempena Majlis Walimatul Urus Qubro 2016 anjuran Parlimen Ketereh di Dewan Tun Ghaffar Baba, Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Peringat, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Datuk Abdul Karim Mustafa. Pada majlis itu, Annuar mengagihkan 3,200 beg sekolah untuk murid Tahun Satu dari 22 sekolah rendah di kawasan Parlimen Ketereh.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/227339

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.