3,200 murid dapat bantuan persekolahan

ANNUAR Musa bersama KEtua Pegawai Eksekutif Yayasan MARA, Datuk Abdul Karim Mustapha (kanan) menyampaikan sumbangan barang persekolahan kepada murid tahun satu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

ANNUAR Musa bersama KEtua Pegawai Eksekutif Yayasan MARA, Datuk Abdul Karim Mustapha (kanan) menyampaikan sumbangan barang persekolahan kepada murid tahun satu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Kota Bharu: Seramai 3,200 murid tahun satu di Ketereh menerima bantuan persekolahan yang dianggarkan bernilai RM160,000, hari ini.Kelengkapan itu inisiatif program bantuan awal persekolahan yang disumbangkan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) di Kompleks YKK, Peringat di sini.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, program itu diadakan bertujuan membantu murid kurang berkemampuan yang bakal memasuki persekolahan pada bulan depan.

“Kita berharap bantuan begini dapat meringankan beban keluarga dan program dapat juga meningkatkan hubungan silaturahim dengan masyarakat setempat,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi MARA berkata, bantuan sebegitu juga adalah sebahagaian cabang bantuan YPM untuk memastikan semua murid dapat menerima pendidikan.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/191816

Advertisements
This entry was posted in Korporat and tagged . Bookmark the permalink.