MARA BANTU ANAK MANGSA KEMALANGAN DI PENDANG

mangsa-kemalangan

Kuala Lumpur, 23 Disember – Dua orang anak pasangan guru yang maut akibat kemalangan di Pendang, Kedah diberi bantuan bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian peringkat menengah di Maktab Rendah Sains MARA melalui program Bantuan Untuk Pendidikan (Budi-MARA.

Bantuan diberikan kepada anak sulung pasangan iaitu Maisarah Mohd Padzil yang juga merupakan pelajar Tingkatan 2 MRSM Kepala Batas serta kepada adiknya Masyitah bt Mohd Padzil yang dipertimbangkan kelulusan khas ke MRSM jika memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Di bawah program Budi-MARA, bantuan adalah dalam bentuk kelengkapan persekolahan dan kelengkapan peribadi termasuklah pakaian sekolah, pakaian harian, barang-barang peribadi, alat tulis dan buku-buku.

Pada Sabtu lepas (17 Disember) sepasang suami isteri maut, manakala lima anak mereka cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler di Jalan Alor Punti, Pendang, Kedah.

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.