KUPTMKL juara MARAtex 2016

Noorizan (tengah) bergambar bersama pasukan MySecc yang dinobatkan sebagai johan MARAtex 2016 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Noorizan (tengah) bergambar bersama pasukan MySecc yang dinobatkan sebagai johan MARAtex 2016 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

JUARA. Pasukan My Security Certificates (MySecc) yang dianggotai empat pensyarah Fakulti Pengkomputeran dan Sains Teknologikal, Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTMKL) dinobatkan sebagai johan Kategori Produk, Peringkat Warga Kerja di Pertandingan MARAtex 2016 yang diadakan baru-baru ini.

Wakil pengurusan KUPTMKL, Noorizan Noordin berkata, pasukan KUPTMKL yg diterajui Dr. Zahrah Yahya bersama Noraliza Azizan, Zurina Jusoh dan Nor Shamshillah Kamarzaman dipilih selepas menghasilkan MySecc.

“MySecc dihasilkan untuk membuat pengesahan ketulenan sijil akademik universiti atau institut pengajian tinggi,” katanya.

Pertandingan MARAtex 2016 melibatkan dua kategori iaitu perkhidmatan dan produk. Johan setiap kategori menerima wang tunai RM10,000, plak dan sijil penghargaan. Hadiah disampaikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1221&pub=Kosmo&sec=Komuniti_Kita&pg=kk_01.htm

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged , . Bookmark the permalink.