MARA Digital Sambut Ulang Tahun Pertama

Walkabout YBM KKLW ke MARA Digital FIFA'17 Tournament.

Walkabout YBM KKLW ke MARA Digital FIFA’17 Tournament.

oleh Noor Rasidah Abdul Razak
media@mara.gov.my

18 Disember, Kuala Lumpur – Pelbagai program telah dianjurkan oleh MARA Digital seperti MARA Down Race Mall dan pada hari ini Final MARA FIFA17 Tournament dalam meraikan Sambutan Ulang Tahun Pertamanya pada bulan ini.

Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, beliau berpuas hati dengan program yang diaturkan ini kerana bukan sahaja satu wadah dalam menyambut ulang tahun pertama MARA Digital malah merupakan salah satu usaha promosi berterusan dalam memperkenalkan pusat ini kepada masyarakat.

“Sejak dilancarkan pada Disember 2015, MARA Digital telah berjaya menarik perhatian rakyat bagi mendapatkan pelbagai produk dan perkhidmatan ICT di bawah satu bumbung dengan jaminan ketulenan dan harga yang berpatutan,” katanya.

Beliau menambah, atas permintaan ramai, MARA Digital akan diwujudkan di beberapa negeri yang telah dikenal pasti antaranya Pahang, Melaka, Terengganu, Johor dan Kelantan malah MARA turut mempunyai perancangan menubuhkan pusat ini di seluruh Malaysia dan dijangka setiap negeri mempunyai MARA Digital pada akhir tahun 2017.

“Perancangan ini dilaksanakan atas statistik jualan pusat ini yang telah menjangkau sebanyak RM 18.4 juta di Kuala Lumpur setakat November 2016 manakala di Anggerik Mall pula telah mencatat jualan sebanyak RM 1.02 juta sejak dibuka lima bulan yang lalu.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan Walkabout di MARA Digital dan sesi beramah mesra bersama pelanggan serta usahawan di sini hari ini.Turut mengiringi beliau adalah Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad.

Advertisements
This entry was posted in Korporat, Pelaburan and tagged . Bookmark the permalink.