Festival Sarawak 2016 Pertama Kali Dianjurkan Di Anggerik Mall Shah Alam

Timbalan Menteri KKLW YB Datuk Alexander Nanta Linggi (empat dari kiri) turut hadir melawat tapak Festival Sarawak 2016 bertempat di Anggerik Mall, Shah Alam Selangor

Timbalan Menteri KKLW YB Datuk Alexander Nanta Linggi (empat dari kiri) turut hadir melawat tapak Festival Sarawak 2016 bertempat di Anggerik Mall, Shah Alam Selangor

Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff
media@mara.gov.my

Shah Alam, 15 Disember 2016 – Pejabat MARA Sarawak sentiasa bersedia membantu pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) negeri itu dalam aspek penjenamaan dan pemasaran produk bagi mengembangkan perniagaan.

Program Festival Sarawak 2016 yang telah diadakan untuk pertama kalinya di Anggerik Mall, Shah Alam Selangor ini diharap dapat mendorong usahawan Bumiputera dari negeri Sarawak untuk memasarkan produk mereka ke pasaran yang lebih meluas terutamanya ke Semenanjung Malaysia.

Terdapat lebih 20 gerai jualan disediakan dengan pelbagai produk usahawan PKS dari Negeri Sarawak dijual pada festival kali ini seperti Kek Batik Sarawak, produk kraftangan manik, makanan proses, Ikan Terubuk Masin, Pakaian dan pelbagai lagi produk yang semestinya akan menjadi tumpuan para pengunjung.

Turut tersedia adalah gerai jualan makanan yang mengetengahkan makanan asli Sarawak seperti mee kolok dan ikan terubuk masin goreng di luar lobi Anggerik Mall bagi pengunjung yang ingin merasakan juadah dari negeri kenyalang.

Festival Sarawak 2016 akan berlangsung selama empat hari bermula dari 15 hingga 18 Disember 2016.

Advertisements
This entry was posted in Usahawan and tagged , . Bookmark the permalink.