Contohi Sifat Rasulullah Demi Kecemerlangan Organisasi

bm1a7683

Datuk Ibrahim Ahmad bersama para peserta pertandingan nasyid Sambutan Maulidur Rasul 1438H Peringkat Ibu Pejabat MARA

Zuraini Sainal
media@mara.gov.my

Kuala Lumpur, 15 Disember – Selari dengan tema sambutan Maulidur Rasul 1438H iaitu “Ukhuwah Islamiah Penyatuan Ummah”, warga MARA digesa untuk mengamalkan sifat Rasulullah SAW iaitu amanah dalam menterjemahkan misi menjadi organisasi amanah yang diberkati untuk mengangkat martabat bangsa.

Menurut Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad, warga MARA juga perlu mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan di samping mengutamakan etika kerja yang penuh berintegriti.

“Barisan kepimpinan MARA juga perlulah berpegang teguh kepada prinsip-prinsip integriti, profesional dan kepemimpinan yang jitu malah mampu memberi inspirasi kepada pegawai bawahan untuk merealisasikan hasrat Pelan Integriti MARA (PIM),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Sambutan Maulidur Rasul 1438H Peringkat Ibu Pejabat MARA di sini hari ini.

Tambahnya lagi, kita kini berada di dunia yang cepat berubah, malah memerlukan keupayaan untuk meramal sebarang kemungkinan yang akan berlaku pada masa hadapan.

“Sejajar dengan perubahan ini, warga MARA perlulah mempunyai kualiti ke arah pemangkin kepada kecemerlangan organisasi iaitu bertindak segera, produktif, mengelakkan budaya “cincai” di samping berkeupayaan menyelesaikan segala permasalahan dengan efektif,” katanya lagi.

Beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan nasyid sempena sambutan tersebut.

bm1a7676

Datuk Ibrahim Ahmad bersama MARA Sarawak selaku juara pertandingan nasyid Sambutan Maulidur Rasul 1438H Peringkat Ibu Pejabat MARA

MARA Sarawak telah menggungguli tempat pertama pertandingan tersebut diikuti MARA Negeri Sembilan sebagai Naib Johan dan MARA Perak di tempat ketiga.

bm1a7670

Bersama wakil MARA Negeri Sembilan yang menjadi Naib Juara bagi Pertandingan Nasyid Sambutan Maulidur Rasul 1438H Peringkat Ibu Pejabat

bm1a7666

Wakil MARA Perak bergambar bersama trofi, cek replika dan sijil penyertaan,

Sementara itu, kategori vokal terbaik telah dimenangi oleh MARA Sarawak manakala persembahan terbaik telah diunggili oleh MARA Perak.

bm1a7651

MARA Wilayah memenangi saguhati Pertandingan Nasyid

bm1a7662

MARA Perak memenangi tempat ketiga dan kategori Persembahan Terbaik

bm1a7657

MARA Sarawak menjadi Juara dan Vokal Terbaik Pertandingan Nasyid

bm1a7654

MARA Pahang memenangi saguhati Pertandingan Nasyid

Turut diselitkan Forum Ilmu yang membariskan panel pendakwah dan selebriti terkenal seperti Dr Zaharuddin Abdul Rahman, Irma Hasmie Ibrahim, Ustaz Zul Ramli dan Ahmad Fadzli Abd Aziz.

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.