Pelajar MRSM Pamer Bakat Seni Halus Dan Kreatif

Pelajar MRSM menunjukkan kreativiti melalui aktiviti seni. Foto oleh Bahagian Teknologi, Kreatif dan Multimedia MARA

Pelajar MRSM menunjukkan kreativiti melalui aktiviti seni. – Foto oleh Bahagian Teknologi, Kreatif dan Multimedia MARA

Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff
media@mara.gov.my

Kuala Lumpur, 13 Disember – Sebanyak 300 karya yang dihasilkan oleh para pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dari seluruh negara dipamerkan sempena program Inspirasi Kreatif 2016 bertempat di Ruang Legar Medan MARA, Kuala Lumpur bermula dari 13 hingga 16 Disember 2016 dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara.

Menurut Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, YBhg. Prof Dato’ Dr Mohamed Najib Bin Ahmad Dawa, pameran seni halus yang bertemakan “Variasi” ini mampu memartabatkan MRSM selaku institusi yang mendukung penuh perkembangan aktiviti seni selain mengekalkan kecemerlangan akademik.

“Melalui subjek Pendidikan Seni Lukis dan Visual (PSV) yang ditawarkan di peringkat menengah atas, para pelajar MRSM didedahkan dengan kesenian kreatif sekaligus dapat mencungkil bakat yang terpendam dalam kalangan mereka” katanya.

Najib menambah, pembudayaan seni reka dan visual yang dititik beratkan di MRSM akan menjadi pencetus semangat dan motivasi berterusan untuk memperkembangkan persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran para pelajar malah diharap agar MARA akan mempunyai galeri seni sendiri pada masa hadapan.

“Kerjasama antara Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara dan Bahagian Pendidikan Menengah MARA diharap dapat melahirkan generasi yang kreatif dan berinovasi” tambahnya lagi.

Turut hadir di dalam majlis perasmian tersebut adalah Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA, Tuan Haji Abdul Hamid Ahmad dan para pengetua MRSM dari seluruh Malaysia.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged . Bookmark the permalink.