IPMA Business Ideas Challenge 2016 Cetus Idea Keusahawanan Global Pelajar

Syed Faiz Hamzi (hujung kiri), Muhamad Fakhrul Anwar (dua dari kiri) dan Mohd Helmi (hujung kanan) masing-masing menerima hadiah sebanyak RM 2,000.00 selepas dinobatkan sebagai pemenang IPMA Business Ideas Challenge 2016.

Syed Faiz Hamzi (hujung kiri), Muhamad Fakhrul Anwar (dua dari kiri) dan Mohd Helmi (hujung kanan) masing-masing menerima hadiah sebanyak RM 2,000.00 selepas dinobatkan sebagai pemenang IPMA Business Ideas Challenge 2016.

media@mara.gov.my

MARA terus serius dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan muda dalam kalangan pelajar Institusi Pendidikan Mara (IPMa) melalui penganjuran pertandingan IPMa Business Challenge 2016 pada 9 Disember 2016 yang lalu.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Pejabat MARA Negeri Johor dan Universiti Kuala Lumpur Malaysia Institute of Industrial Technology (UniKL MITEC) ini merupakan satu usaha mewujudkan golongan pelajar yang berpotensi menjadi majikan dan memberi peluang kerja kepada orang lain berbanding hanya mencari kerja melalui idea perniagaan yang dibentangkan.

Julung kalidiadakan, pertandingan juga dianjurkan bersempena dengan program Syoknya E-Fest 2016 yang mana para pelajar IPMa diberikan peluang untuk menimba ilmu keusahawanan dan mengikut pelbagai aktiviti berkaitan teknologi dan keusahawanan.

Seramai 9 orang peserta telah layak ke pusingan akhir dan diadili oleh Ketua Program Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) Iskandar Malaysia, Izan Nawi Ghazali dan Pengurus Besar Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Negeri Johor, Zuraidi Khalid.

img-20161209-wa0038
Dua pelajar Institut Kemahiran MARA (IKM) Johor Bahru dan seorang pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Sri Gading dinobatkan sebagai pemenang dan  membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 2,000.00 untuk digunakan sebagai pencetus bagi memulakan perniagaan yang mereka ketengahkan.

Mohd Fakhrul Anwar Mohd Yunus, pelajar Diploma Penyaman Udara, Penyejuk Bekuan dan Pemanansan dari IKM Johor Bahru telah memikat hati juri dengan produk mereka yang dinamakan Amdacs, iaitu gas penyaman udara yang menggunakan teknologi hijau, manakala Syed Faiz Hamzi Syed Fadzil yang juga dari IPMa yang sama telah menghasilkan Dr Cool Service Box turut mendapat pujian daripada pihak juri.

Sementara itu, Mohd Helmi dari KKTM Sri Gading yang menghasilkan ‘Interlock Eco Brick’ bagi tujuan pembinaan turut menampilkan kelainan kerana berjaya menghasilkan produk binaan bermutu tinggi daripada bahan buangan.

Tahniah kepada para pemenang!

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged . Bookmark the permalink.