Pemilik Motosikal Boleh Jadi Usahawan

ISMAIL SABRI berkata sesuatu kepada para penerima motosikal Mobilepreneur di Shah Alam semalam. Foto- Kosmo

ISMAIL SABRI berkata sesuatu kepada para penerima motosikal Mobilepreneur di Shah Alam semalam. Foto- Kosmo

SHAH ALAM – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan membuka peluang kepada golongan belia di luar bandar yang memiliki motosikal dan berminat untuk berniaga menyertai program Usahawan Bergerak (Mobileprenuer) bermula tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, peluang tersebut terbuka kepada belia yang berumur 40 tahun ke bawah dan permohonan boleh dibuat di semua 231 pusat GiatMara di seluruh negara.

Menurutnya, melalui program itu, GiatMara akan mengubah suai motosikal tersebut dengan menambah ruang meletakkan barangan bersama peralatan lengkap di samping memberi kursus bersesuaian dengan perkhidmatan yang akan ditawarkan kepada pengguna.

“Saya ingin memaklumkan bahawa kita akan buka Mobilepreneur kepada belia yang mempunyai motosikal sendiri dan berminat dengan projek ini. Kita akan bantu mereka untuk memulakan perniagaan berskala kecil.

“Langkah ini adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan belia terutama di kawasan luar bandar yang tergolong di bawah kategori miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1209&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz4SUIge9D3

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged , . Bookmark the permalink.