Hari Anti Rasuah Antarabangsa 2016 Mesra Rakyat

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia, Datuk Dzulkifli Ahmad berucap ketika sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa 2016. Foto oleh Tarmizi (Bahagian Teknologi, Kreatif dan Multimedia MARA)

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Dzulkifli Ahmad berucap ketika sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa 2016. Foto oleh Tarmizi (Bahagian Teknologi, Kreatif dan Multimedia MARA)

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menganjurkan Hari Anti Rasuah Antarabangsa 2016 bagi meningkatkan kesedaran masyarakat akan bahaya rasuah serta keperluan usaha sama antarabangsa bagi menangani permasalahan tersebut di sini hari ini.

Menurut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad, Hari Anti Rasuah Antarabangsa ini merupakan medan bagi kita menzahirkan ketegasan dalam menolak sebarang penularan dan percambahan gejala rasuah dalam kalangan rakyat.

“Fokus dalam menangani gejala ini, Hari Anti Rasuah Antarabangsa dibuat serentak di seluruh negara, dengan tema Sehati Sejiwa Memerangi Rasuah”, katanya

Beliau menjelaskan, pelbagai aktiviti diadakan sepanjang dua hari penganjuran acara di dua lokasi iaitu Hotel Premiera dan Busana@Menara MARA, Kuala Lumpur.

Antara acara yang diadakan adalah seperti Walk-About SPRM bersama rakan strategik dan pelajar sebagai pendekatan turun padang bagi menyebarkan mesej benci rasuah kepada masyarakat.

“Diharapkan agar momentum kejayaan SPRM dari sudut operasi dan penguatkuasaan yang dicapai kini akan terus berkekalan dan segala usaha serta inisiatif SPRM mendekati rakyat melalui program-program masyarakatnya akan terus berjaya meraih kepercayaan dan sokongan rakyat yang berterusan”

Beliau berkata demikian semasa memberi ucapan penghargaan persidangan Hari Anti Rasuah di sini hari ini.

Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad (dua dari kanan), panel forum "Ke Arah Negara Bebas Rasuah : Isu Dan Cabaran". Foto oleh Tarmizi (Bahagian

Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad (dua dari kanan), panel forum “Ke Arah Negara Bebas Rasuah : Isu Dan Cabaran”. Foto oleh Tarmizi (Bahagian Bahagian Teknologi, Kreatif dan Multimedia MARA)

“Ucapan penghargaan tidak terhingga kepada pengurusan tertinggi MARA, Prasarana Malaysia Berhad, Sekretariat Pencegahan Rasuah, Institusi Pendidikan MARA (IPMa), Yayasan Anti Rasuah Malaysia dan Transparency International Malaysia memberi sokongan menjayakan sambutan ini” tambah beliau.

Katanya lagi, komitmen MARA yang serius dalam menangani isu rasuah wajar dipuji malah perlu dijadikan contoh kepada agensi-agensi lain.

Turut hadir sama ke majlis adalah Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Tan Sri Ismail Adam, Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Shamsun Baharin Mohd. Jamil.

Advertisements
This entry was posted in Korporat and tagged , , . Bookmark the permalink.