Pertandingan Basikal Lasak Di MARA DIGITAL

Pengarah Super Xtream Sdn Bhd, Encik Ashraf Khan (tengah) bersama wakil-wakil penaja.

Pengarah Super Xtream Sdn Bhd, Encik Ashraf Khan (tengah) bersama wakil-wakil penaja MARA Digital Downmall Challenge 2016 .

 

oleh Ahmad Soffian Mohd Shariff
media@mara.gov.my

Kuala Lumpur, 7 Disember: MARA Digital Kuala Lumpur bakal menjadi tempat bagi pertandingan Basikal Lasak MARA Digital Downmall Challenge 2016 yang julung kalinya diadakan di ibu negara.

Menurut Pengarah Super Xtream Sdn Bhd, Encik Ashraf Khan acara basikal lasak yang bakal diadakan pada 10 & 11 Disember 2016 ini akan memaparkan kelainan berbanding acara basikal lasak yang lain memandangkan ia diadakan di dalam pusat membeli belah yang sedang beroperasi.

“Pertandingan ini bakal menyaksikan para peserta berbasikal menuruni beberapa tingkat dan halangan yang telah direka oleh penganjur malah kedai-kedai yang ada di dalam pusat membeli belah juga tidak ditutup bagi membolehkan orang ramai boleh melihat aksi para peserta dari jarak dekat,” katanya.

Ashraf berkata, persetujuan yang termetrai antara syarikat Super Xtream Sdn Bhd dan MARA Digital adalah satu kerjasama yang baik kerana acara ini dapat menarik lebih ramai pengunjung ke MARA Digital, Busana serta premis perniagaan di Menara MARA di samping dapat mempromosikan pertandingan basikal lasak di dalam pusat membeli belah kepada rakyat Malaysia.

“Aktiviti ini sangat asing di Malaysia, tetapi ianya telah menjadi sangat popular di luar negara seperti Jerman, Indonesia dan beberapa lagi negara lain di seluruh dunia,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ditemui semasa satu  sidang media berkenaan pertandingan ini di sini hari ini.

Tambahnya lagi, dua kategori akan di pertandingkan di dalam acara pada kali ini yang mana kategori pertama adalah bagi remaja dari 8 tahun ke 17 tahun makala kategori seterusnya adalah melibatkan orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas.

“Kami menawarkan 13 hadiah iaitu 10 hadiah untuk kategori dewasa dan 3 hadiah untuk kategori remaja dengan menetapkan konteks ujian masa terpantas sebagai format pertandingan,” ujar beliau.

Pertandingan di MARA Digital Kuala Lumpur ini akan menjadi penanda aras kepada acara-acara seterusnya yang akan diadakan di sekitar Lembah Klang pada masa akan datang.

img-20161207-wa0023-1

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.