Kurangkan Kebergantungan Teknologi, Hidupkan ‘Sentuhan Manusia ‘ Untuk Jayakan TVET

Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri (tengah) bersama Pengerusi GIATMARA Malaysia, Datuk Azian Osman (dua kanan) hadir pada Majlis Anugerah Tahunan GIATMARA di Grand Mahkota Ballroom, Hotel Istana. - Foto Zulfadhli Zulkifli

Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri (tengah) bersama Pengerusi GIATMARA Malaysia, Datuk Azian Osman (dua kanan) hadir pada Majlis Anugerah Tahunan GIATMARA di Grand Mahkota Ballroom, Hotel Istana. – Foto Zulfadhli Zulkifli

KUALA LUMPUR : Institusi latihan kemahiran di seluruh negara tidak boleh terlalu bergantung pada teknologi untuk merealisasikan Transformasi Nasional (TN50) sekali gus memperkasakan kebergantungan modal insan berkualiti Latihan Kemahiran Teknikal Dan Vokasional (TVET).

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kebergantungan tinggi terhadap teknologi menyalurkan data, emel, dan medium laman sesawang perantara boleh mencetuskan banyak implikasi termasuk krisis komunikasi. Beliau berkata, sesebuah organisasi kerap dinilai daripada kualiti sistem penyampaian perkhidmatan yang kini, mula diambil alih oleh teknologi digital. “Kita perlu berusaha mengurangkan krisis komunikasi dan kebergantungan tinggi terhadap mesin yang tidak mempunyai reaksi atau sensitiviti kepada pemberi dan penerima perkhidmatan.

“Justeru, kita perlu mengembalikan semula elemen ‘sentuhan manusia’ dan interaksi manusia untuk digunakan dalam sistem penyampaian perkhidmatan kementerian pada tahap-tahap tertentu,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Tahunan (MAT) GIATMARA 2016, di Hotel Istana, di sini. Yang hadir sama, Pengerusi GIATMARA, Datuk Azian Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, Jamal Nasir Othman. Ismail berkata, tanggungjawab melatih golongan muda mencabar dan sukar kerana mereka lebih berpendidikan dan terdedah dengan maklumat di internet.

“GIATMARA kena lebih cekap, berkesan, berani berubah dan peka perubahan semasa untuk menyaingi saingan daripada dalam dan luar organisasi. Program yang diperkenalkan harus memiliki kebolehpasaran dan permintaan tinggi,” katanya. Selain itu, mengulas dakwaan MARA membekukan pengambilan pelajar untuk kemasukan akan datang, Ismail menjelaskan MARA akan membuat pengambilan pelajar seperti biasa. Beliau turut menafikan rumus MARA menarik balik dan menghentikan biasiswa kepada pelajar layak sebagai fitnah.

Sementara itu, seramai 69 kakitangan GIATMARA menerima anugerah penghargaan Anugerah Khas Ketua Pegawai Eksekutif, Anugerah Ikon dan Anugerah Penghargaan Syarikat. Selain itu, empat agensi luar yang banyak memberi sumbangan menerima Anugerah Khas Syarikat manakala, tiga pusat GIATMARA menerima Anugerah Pencapaian Audit Cemerlang. Sejak 1986, sebanyak 231 pusat peneraju bidang kemahiran GIATMARA ditubuhkan di seluruh negara.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/221387

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.