Pelajar MRSM Pamer Sisi Berbeza

Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa serta Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad bersama pelajar-pelajar MRSM dan warga kerja.

Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa serta Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad bersama pelajar-pelajar MRSM dan warga kerja – Gambar oleh Bahagian Teknologi Kreatif & Multimedia MARA

oleh Nur Lizziana Haszemi
media@mara.gov.my

Pelajar MRSM membuktikan mereka bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah mempunyai bakat dalam bidang seni yang nyata berbeza dengan aliran akademik yang diikuti di maktab.

Konsert Inspirasi Muzikal 2016 yang diadakan di Dewan Auditorium DBKL pada 2 dan 3 Disember 2016 menterjemahkan perkara ini apabila seramai 100 pelajar dari 9 MRSM telah mempamerkan bakat dan kemahiran bermain muzik yang memukau melalui persembahan gamelan, zapin, ghazal, angklung dan orkestra.

Konsert yang julung kali diadakan ini adalah rentetan daripada hasrat MARA untuk melahirkan para pelajar yang bersifat holistik serta mengetengahkan bakat mereka kepada orang awam setelah menganjurkan Festival Muzik MRSM SeMalaysia (FESMA) semenjak lima (5) tahun lalu.

Susulan itu, Konsert Inspirasi Muzikal bakal diadakan secara tahunan berikutan sambutan hangat yang diterima sepanjang dua hari ianya berlangsung.

Konsert ini turut dihadiri oleh Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa serta Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged , . Bookmark the permalink.