Meringankan Beban Asnaf Melalui Bantuan Persekolahan

Simbolik penyampaian 40,000 beg sekolah kepada Pemuda & Puteri UMNO untuk diagihkan kepada anak-anak asnaf di seluruh Semenanjung Malaysia.

Simbolik penyampaian 40,000 beg sekolah kepada Pemuda & Puteri UMNO untuk diagihkan kepada anak-anak asnaf di seluruh Semenanjung Malaysia.

oleh Nor Waheeda Ramzan
media@mara.gov.my

Kuala Lumpur, 29 November – Yayasan Pelajaran MARA (YPM) akan terus mempergiat usaha untuk membantu pelajar kurang berkemampuan khususnya untuk masyarakat di luar bandar melalui pelaksanaan program ‘Back To School’ YPM.

Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, program yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lepas telah memberi manfaat kepada lebih 20,000 orang pelajar dengan melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM1.91 juta.

“Harapan saya dengan pemberian bantuan yang terus ke akar umbi ini akan dapat meningkatkan lagi semangat dan motivasi diri anak-anak khususnya di luar bandar untuk terus cemerlang dalam bidang akademik,” kata beliau.

Ismail berkata, usaha YPM yang berpaksikan motto Melonjak Pendidikan Melayu dan Bumiputera perlu dikekal dan dilaksanakan secara berterusan agar aspirasi dan matlamat yang disasarkan tercapai.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program ‘Back To School’ YPM 2017 dengan kerjasama Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Mengulas lanjut berkenaan program tersebut, Ismail menjelaskan program ‘Back To School’ 2017 ini tercetus dengan jalinan usahasama bersama Pemuda dan Puteri UMNO dimana sebanyak hampir 40,000 beg sekolah diperuntukkan untuk diedarkan di 191 bahagian UMNO di seluruh semenanjung Malaysia.

“Bagi negeri Sarawak pula KKLW dan YPM akan bekerjasama dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di bawah kepimpinan Datuk Seri Fadillah Yusof yang mana kami menyasarkan seramai 44,400 pelajar luar bandar akan menerima manfaat dari program ini,” tambahnya lagi.

Advertisements
This entry was posted in Korporat, Pendidikan. Bookmark the permalink.