UNGGUL DI PERSADA TEMPATAN DAN ANTARABANGSA

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (lima dari kanan) bergambar bersama pemenang-pemenang Anugerah Inovasi Peringkat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (berdiri tengah) bergambar bersama pemenang-pemenang pingat emas Pertandingan Asean Skill Competition (ASC).

oleh Noor Azlina Zulkifli
media@mara.gov.my

PUTRAJAYA, 28 November – Majlis Amanah Rakyat (MARA) mencatat rekod selaku agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) paling banyak menerima penghargaan atas kejayaan menggondol pelbagai anugerah di pentas kebangsaan dan antarabangsa pada tahun ini.

Penghargaan ini telah disampaikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sempena Majlis Perhimpunan Bulanan November KKLW 2016 di sini hari ini.

Di majlis yang sama, penghargaan turut diberikan kepada agensi-agensi KKLW yang telah mencatat kejayaan yang sama di dalam mahu pun luar negara.

Menurut Ismail Sabri, beliau amat berbangga atas kejayaan yang telah diraih oleh KKLW pada tahun ini dan diharapkan momentum ini akan diteruskan pada masa hadapan.

Sementara itu, beliau turut menegaskan kepada semua agensi untuk terus meningkatkan lagi usaha dalam memastikan masyarakat luar bandar memperoleh manfaat yang menyeluruh sama ada dari sudut kemudahan infrastruktur, ekonomi, keusahawanan mahu pun pendidikan.

“Kita akan menterjemahkan hasrat ini dengan memastikan Bajet 2017 akan digunakan secara berhemah dengan memberi tumpuan kepada projek-projek yang bersifat touch points  dan  rakyat centric ,” katanya.

This slideshow requires JavaScript.

 

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.