Ping-Pong Tiga Penjuru tingkat silaturahim

PEMAIN bergambar kenangan sebelum memulakan kejohanan.

PEMAIN bergambar kenangan sebelum memulakan kejohanan.

Kuala Lumpur: Kelab Sukan dan Rekreasi NSTP dengan kerjasama Media Prima (NSTP/Media Prima) menganjurkan perlawanan persahabatan Ping-Pong Tiga Penjuru bersama Bank Negara Malaysia (BNM) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang berlangsung di Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini.

Seramai 25 pemain NSTP/Media Prima, BNM dan MARA mengambil bahagian dalam acara perseorangan serta beregu.

Pengurus merangkap kapten pasukan NSTP/Media Prima Rosman Izulafiz Othman berkata, program itu bakal dijadikan acara tahunan dengan lebih banyak pasukan akan dijemput.

“Program ini berjaya mencapai objektifnya dalam mengeratkan hubungan antara ketiga-tiga agensi dan kami mengharapkan lebih banyak pasukan akan mengambil bahagian pada masa akan datang,” katanya.

MARA mendahului pasukan lain dengan 40 mata diikuti BNM (22 mata) dan NSTP/Media Prima (14 mata).

Sumber : http://www.hmetro.com.my/node/184254

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.