Agensi Perlu Cipta Lebih Banyak Produk Inovasi

Ismail Sabri Yaakob bersama wakil agensi yang hadir membuat laungan semangat Hari Inovasi sempena sambutan Hari Inovasi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tahun 2016 di Menara LPP.

Ismail Sabri Yaakob bersama wakil agensi yang hadir membuat laungan semangat Hari Inovasi sempena sambutan Hari Inovasi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tahun 2016 di Menara LPP.

KUALA LUMPUR 24 Nov. – Warga kerja Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan agensi di bawahnya diseru supaya mencipta lebih banyak produk inovasi yang memberi manfaat kepada rakyat khususnya golongan luar bandar.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, produk yang dihasilkan bukan hanya untuk dipertandingkan tetapi ia perlu mengambil kira manfaat yang akan diberi kepada mereka yang menggunakannya.

“Harga yang ditawarkan juga perlulah berpatutan kerana jika harganya tinggi, rakyat tidak mampu untuk membeli dan produk itu hanya akan tersimpan di dalam ruang pameran.

“Kita perlu mengambil contoh negara-negara luar, biarpun mereka tidak mempunyai bahan mentah dan hasil bumi, namun mereka boleh maju dengan menghasilkan ciptaan inovasi yang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Hari Inovasi kementerian tersebut, di sini semalam.

Ismail Sabri Yaakob melawat tapak pameran sempena sambutan Hari Inovasi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 2016 di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di Kuala Lumpur, kelmarin.

Ismail Sabri Yaakob melawat tapak pameran sempena sambutan Hari Inovasi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 2016 di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di Kuala Lumpur, kelmarin.

Dalam majlis tersebut, seba­nyak tujuh kategori dipertan­dingkan bagi Anugerah dan Inovasi antaranya Anugerah Ku­aliti Kecekapan Tadbir Urus; Ku­aliti Pengurusan Kewangan; Ku­aliti Pengurusan Sumber Manusia; Kualiti Pengurusan Aset Alih dan Kualiti Pengurusan Pejabat Negeri Terbaik.

Bagi kategori Kecekapan Tadbir Urus, tempat pertama dimenangi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora); kedua Lembaga Kemajuan Terengganu Te­ngah (Ketengah) dan ketiga Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Bagi kategori Kualiti Pengurusan Kewangan, tempat pertama dimenangi oleh Kejora; tempat kedua Maj­lis Amanah Rakyat (MARA) dan tempat ketiga dimenangi RISDA.

Ismail Sabri berkata, sambutan Hari Inovasi 2016 yang bertemakan ‘Inovasi Pemacu Masyarakat Kreatif’ adalah selari de­ngan agenda Transformasi Memban­darkan Luar Bandar.

“Pengiktirafan yang diberikan diharap dapat memberi suntikan semangat kepada pemenang untuk menghasilkan produk inovasi yang boleh mengharumkan nama kementerian, sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa,” katanya.

Dalam perkembangan ber­kaitan, beliau berkata, kedudukan negara dalam Global Innovation Index 2016 menunjukkan Malaysia memperbaiki kedudukan turun tiga anak tangga iaitu daripada kedudukan 35 kepada tempat ke-32 berbanding tahun sebelumnya.

“Justeru itu, persekitaran cara bekerja dalam organisasi mahupun gaya hidup masyarakat perlu dilonjakkan bagi memastikan negara terus kekal kompetitif dan berdaya saing melalui pemikiran yang kreatif dan inovatif,” ujar­nya.

– Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/agensi-perlu-cipta-lebih-banyak-produk-inovasi-1.412030#sthash.o3emmQf4.dpuf

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.