23,000 pelatih GIATMARA tahun depan

SERAMAI 15 usahawan menerima geran daripada Mara untuk menambah modal perniagaan dalam Karnival Technofest GiatMara Negeri Johor di Dataran Al-Hambra, Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, di Johor, hari ini.-UTUSAN ONLINE

PASIR GUDANG 24 Nov. – Seramai 23,000 pelatih akan mengikuti latihan kemahiran teknikal dan vokasional di 231 pusat GIATMARA seluruh negara pada tahun depan.  

“Mereka akan mengikuti 67 kursus yang disediakan Giat Mara,” ujar Pengerusi GIATMARA, Datuk Azian Osman dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Technofest GIATMARA Negeri Johor di Dataran Al-Hambra, Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan dan Pengarah GIATMARA negeri, Merjuki Kasanwidi. –  sumber http://www.utusan.com.my/berita/terkini/23-000-pelatih-giatmara-tahun-depan-1.411739

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.