MARA-PETRONAS TERUSKAN KOLABORASI UNTUK MELAHIRKAN PELAJAR TEKNIKAL DAN VOKASIONAL BERTARAF GLOBAL

Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Abdul Halim Abas (dua dari kiri) bertukar-tukar dokumen persefahaman bersama Naib Presiden Kanan Bahagian Sumber Manusia, Dato’ Raiha Azni (dua dari kanan).

Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Abdul Halim Abas (dua dari kiri) bertukar-tukar dokumen persefahaman bersama Naib Presiden Kanan Bahagian Sumber Manusia, Dato’ Raiha Azni (dua dari kanan).

oleh Khairil Izwan Mohd Yusop
media@mara.gov.my

KUALA LUMPUR, 21 November 2016: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) terus berkolaborasi dalam perkongsian kepakaran dan kemudahan dalam industri “Minyak dan Gas” melalui satu memorandum perjanjian (MoA) yang ditandatangani di sini hari ini.

MoA yang ditandatangani menyaksikan MARA dan PETRONAS melanjutkan kerjasama di dalam Program “Vocational Institution Sponsorship and Training Assistance (VISTA) yang melibatkan IKM Bintulu, Sarawak. Jurusan baru yang akan diperkenalkan di IKM Bintulu adalah Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyelengaraan Instrumentasi dan Kawalan Loji.

MARA diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikannya, Abdul Halim Abas manakala PETRONAS diwakili oleh Dato’ Raiha Azni, Naib Presiden Kanan Bahagian Sumber Manusia.

Menurut Abdul Halim, MARA amat berbesar hati atas kesudian PETRONAS mengekalkan kerjasama dalam perkongsian kepakaran dan kemudahan dalam industri minyak dan gas dalam usaha kita melahirkan pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional yang mempunyai nilai tambah melalui kemudahan pembelajaran dan infastruktur yang lebih kondusif.

Sementara itu, Dato’ Raiha menjelaskan PETRONAS sentiasa bersedia bekerjasama dengan MARA dalam bentuk kemudahan alatan dan tenaga pakar untuk memastikan para pelajar teknikal dan vokasional yang dilahirkan bukan sahaja mampu melengkapi keperluan guna tenaga kerja mahir negara malah turut mempunyai nilai keboleh pasaran kerja sehingga ke peringkat global.

Untuk rekod, Program Vista yang diperkenalkan sejak tahun 1992 ini telah memberikan manfaat kepada seramai 5,300 orang pelajar IKM mendapat latihan yang terbaik dalam lapangan minyak dan gas dan diharapkan kerjasama seumpama ini dapat diperluaskan sekali gus memberi manfaat kepada usaha memartabatkan Bumiputera melalui bidang teknikal dan vokasional.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.