MARA Teliti Semula Syarat Kemasukan Ke Tingkatan Satu MRSM 2017

mrsmupsr

KUALA LUMPUR, 18 November – Susulan daripada pengumuman keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 baru-baru ini, MARA kini sedang meneliti semula syarat kemasukan ke Tingkatan Satu MRSM bagi sesi 2017.

 

Menurut Pengarah Komunikasi Korporat MARA, Nor Hashimi Mahat, pihak MARA akan mengeluarkan pengumuman rasmi berkenaan syarat ini sebaik sahaja perkara dimuktamadkan dalam waktu terdekat.

 

“Bagi kemasukan pelajar baharu Tingkatan Satu sesi 2017, sebanyak 7,500 tempat disediakan di 48 buah MRSM seluruh Malaysia dengan memfokuskan kepada kelahiran insan cemerlang yang holistik dan berintegriti kepada negara melalui sistem pendidikan menengah berteraskan ilmu, teknologi serta nilai-nilai keusahawanan,” katanya.

 

Pada kebiasaannya, syarat utama kelayakan kemasukan ini adalah mendapat keputusan 6A pada peperiksaan UPSR dengan keutamaan diberikan kepada pemohon yang berlatarbelakangkan keluarga berpendapatan rendah.

 

Sementara itu, beliau turut memaklumkan permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan Satu secara online turut dibuka semula selama tiga (3) hari bermula 18 hingga 20 November 2016 untuk memberi laluan kepada permohonan baharu serta pengemaskinian maklumat kepada mereka yang telah memohon.

 

“Calon-calon yang berkelayakan dan menetapi syarat akan dimaklumkan melalui emel untuk memilih pusat Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM) dan temuduga dan bagi maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal rasmi www.mara.gov.my,” katanya lagi.

Klik untuk memohon.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.