Graduan GMI Laris Di Pasaran

KUALA LUMPUR 12 NOVEMBER 2016. Penerima anugerah pelajar cemerlang, Maryam Khalilah Mat menunjukkan anugerahnya pada Majlis Konvokesyen German-Malaysian Institute ke 22 di Dewan Gemilang Mercu Idaman, Germany-Malayisan Institute (GMI), Kajang . NSTP/ MUHD ASYRAF SAWAL

KUALA LUMPUR 12 NOVEMBER 2016. Penerima anugerah pelajar cemerlang, Maryam Khalilah Mat menunjukkan anugerahnya pada Majlis Konvokesyen German-Malaysian Institute ke 22 di Dewan Gemilang Mercu Idaman, Germany-Malayisan Institute (GMI), Kajang . NSTP/ MUHD ASYRAF SAWAL

KAJANG: Kaedah pembelajaran dan pengajaran (P&P) selama tiga tahun di German-Malaysian Institute (GMI) lebih tertumpu pada aspek teknikal berbanding teori. Seorang graduan GMI, Maryam Khalilah Mat, berkata ia tidak bermaksud aspek teori diambil mudah, sebaliknya kedua-duanya amat perlu bagi memastikan pelajar faham seterusnya meningkatkan kompetensi mereka.

Beliau yang menerima Anugerah Khas Kecemerlangan 2016 GMI berkata, aspek teknikal amat penting supaya teori yang dipelajari dapat dipraktikkan sebaik mungkin. “Keperluan industri ketika ini mengkehendaki graduan dengan kemahiran berteknologi tinggi. Itu sebabnya, kami didedahkan dengan Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET). “Apa yang kami pelajari adalah gambaran sebenar keperluan yang dikehendaki oleh industri atau pasaran pekerjaan semasa.

“Oleh itu, belia terutama wanita di negara ini harus menyahut cabaran kerajaan untuk menceburi sektor pekerjaan yang sukar, kotor dan berbahaya (3D),” katanya selepas Majlis Konvokesyen GMI ke-22, di sini, hari ini. Anak pasangan guru yang berasal dari Dungun, Terengganu itu adalah graduan Diploma CNC Precision Technology dan turut menaruh impian untuk menjadi jurutera. Pada majlis itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam ucapannya berkata GMI yang terletak di bawah Institut Pendidikan MARA (IPMA) menerapkan keperluan graduannya dengan kemahiran berteknologi tinggi seperti TVET sejajar usianya yang menjangkaui 25 tahun ini. Katanya, usaha itu sekali gus menjadikan graduan GMI laris di pasaran pekerjaan.

“Berdasarkan kepada 12 bidang Keberhasilan Utama Negara (NKEA), semua program yang ditawarkan GMI adalah ‘homegrown’ atau diwujudkan berpandukan maklum balas dan kolaborasi strategik bersama wakil industri dalam serta luar negaranya dari Jerman. “Melihat kepada senario industri negara ketika ini, Talent Corporation Malaysia menyenaraikan 42 jawatan dari enam sektor ekonomi utama negara seperti elektrik, elektronik, minyak dan gas (O&G), teknologi komunikasi dan informasi, perkhidmatan perniagaan global, telekomunikasi dan multimedia termasuk perakaunan serta perkhidmatan kewangan.

“Alhamdulillah, apabila saya meneliti program sedia ada di GMI, lima daripada enam sektor industri yang tersenarai sebagai pekerjaan paling kritikal adalah bertepatan dengan program yang ditawarkan di GMI, sekali gus mampu membentuk graduannya untuk memenuhi keperluan kritikal berteknologi tinggi,” katanya. Seramai 1,269 graduan hadir pada konvokesyen itu. Sejak penubuhan pada tahun 1992, German-Malaysian Institute (GMI) melahirkan hampir 8,000 graduan yang menepati keperluan industri berteknologi tinggi masa kini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/212030

 

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.