GIATMARA agih motosikal kepada 3,000 usahawan Mobilepreneur

Pengerusi GiatMARA Malaysia, Datuk Azian Osman (dua kiri) menyaksikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahawan, Koperasi, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Masyarakat Sivil negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan (tiga kanan) menyerahkan Sijil Latihan 1Malaysia kepada  seorang usahawan ketika Majlis Penutup Karnival Technopreneur Perak 2016 di Dataran Angsana Mall, Greentown. - Gambar Balqis Jazimah Zahari

Pengerusi GiatMARA Malaysia, Datuk Azian Osman (dua kiri) menyaksikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahawan, Koperasi, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Masyarakat Sivil negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan (tiga kanan) menyerahkan Sijil Latihan 1Malaysia kepada seorang usahawan ketika Majlis Penutup Karnival Technopreneur Perak 2016 di Dataran Angsana Mall, Greentown. – Gambar Balqis Jazimah Zahari

IPOH: Seramai 3,000 usahawan terpilih di seluruh negara akan menikmati kemudahan motosikal melalui peruntukan RM30 juta bagi pelaksanaan program konsep perniagaan Mobilepreneur tahun depan. Pengerusi GIATMARA, Datuk Azian Osman, berkata program Mobilepreneur yang dijalankan sejak dua tahun lalu, sebelum ini menerima peruntukan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebanyak RM5 juta.

Katanya, setakat ini sebanyak 500 motosikal sudah diagihkan kepada 300 pelatih GIATMARA dan juga 200 usahawan institusi lain yang berkemahiran dan berminat untuk berniaga di seluruh negara. “Kerajaan melihat kegunaan motosikal ini lebih efektif sebagai keperluan usahawan baharu untuk memulakan perniagaan. “Program ini juga dilihat cukup baik untuk menambah pendapatan rakyat dan golongan sasaran, maka peruntukan ditambah daripada RM5 juta kepada RM30 juta bagi membolehkan 3,000 motosikal diagihkan tahun hadapan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penutup Karnival Technopreneur Perak 2016 di Dataran Angsana Mall, Greentown di sini, pada Ahad.

Program berkenaan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahawan, Koperasi, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Masyarakat Sivil negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan. Azian berkata, menerusi Mobilepreneur, usahawan bukan sahaja menerima sebuah motosikal bersama peralatan lengkap, tetapi turut menerima latihan dengan kos keseluruhan berjumlah RM10,000.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/212576

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.