Kejohanan 3 Penjuru Ping Pong NSTP/Media Prima, MARA, BNM

KELAB Sukan dan Rekreasi NSTP dengan kerjasama Media Prima menganjurkan program perlawanan persahabatan ping pong tiga penjuru, pada Sabtu. - Foto Hafiz Sohaimi

KELAB Sukan dan Rekreasi NSTP dengan kerjasama Media Prima menganjurkan program perlawanan persahabatan ping pong tiga penjuru, pada Sabtu. – Foto Hafiz Sohaimi

KUALA LUMPUR: Kelab Sukan dan Rekreasi NSTP dengan kerjasama Media Prima menganjurkan program perlawanan persahabatan ping pong tiga penjuru, pada Sabtu. Perlawanan yang berlangsung di gelanggang badminton NSTP, Balai Berita NSTP itu disertai 25 pemain NSTP/Media Prima, Bank Negara Malaysia (BNM) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Program yang julung kali diadakan itu menggunakan format perlawanan perseorangan dan beregu dengan MARA meraih 22 mata acara perseorangan dan 18 mata acara beregu. Pasukan BNM pula mengutip 12 mata acara individu dan 10 mata acara beregu diikuti NSTP/Media Prima (10 mata individu dan 4 mata beregu).

Perlawanan itu diadakan bagi tujuan mengeratkan hubungan ketiga-tiga agensi berkenaan melalui aktiviti sukan dan riadah. Berdasarkan sambutan yang diberikan, pengurus merangkap kapten pasukan NSTP/Media Prima, Rosman Izulafiz Othman, berkata program seperti itu bakal dijadikan acara tahunan pada masa akan datang.

“Program ini mencapai objektifnya untuk mengeratkan hubungan antara pemain. Berdasarkan sokongan dan sambutan yang diberikan, mungkin lebih banyak pasukan akan mengambil bahagian dalam program akan datang,” katanya.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/212175

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.