GMI TERUS LAHIRKAN TENAGA KERJA MAHIR NEGARA

Ismail

Ismail Sabri Yaakob (dua kiri) menyampaikan sijil kepada pelajar dalam Majlis Konvokesyen Ke-22 GMI di Kajang.

Kajang 12 November – German Malaysian Institute (GMI) terus unggul melahirkan tenaga kerja mahir untuk Negara apabila seramai 1,269 graduan menerima diploma sempena majlis konvokesyen ke-22 institusi ini di sini hari ini.

Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, sehingga kini, seramai 7,933 telah berjaya dilahirkan oleh GMI sekali gus membuktikan institusi ini merupakan antara penyumbang utama kepada kelahiran tenaga kerja mahir dalam pelbagai industri kritikal yang diperlukan oleh Negara.

“Para graduan yang diraikan pada hari ini tidak perlu risau terhadap peluang pekerjaan memandangkan lima (5) daripada enam (6) sektor ekonomi utama Negara iaitu Elektrik & Elektronik, Minyak & Gas, Teknologi Maklumat & Komunikasi, Perkhidmatan Perniagaan Global (ICT&GBS) serta Multimedia dan Komunikasi adalah bertepatan dengan program akademik yang ditawarkan oleh GMI,” katanya.

Beliau turut menambah, bagi memastikan graduan yang dilahirkan bersedia untuk mengisi jurang keperluan industri kritikal Negara melalui kemahiran yang dipelajari, GMI turut mendapat sokongan kuat daripada Kerajaan Jerman serta pemain industri malah dilengkapi dengan alatan teknologi tinggi terkini dan moden.

Sementara itu, konvokesyen kali ini turut melibatkan penajaan dari (17) tujuh belas industri bagi kategori (16) enam belas projek terbaik dan menyaksikan Maryam Khalilah Mat, pelajar Diploma in CNC Precision Technology dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Khas GMI Ehrenpreis fur Exzellenz 2016.

Majlis turut dihadiri H.E Mr. Holger Wilfried Michael, Duta German ke Malaysia, Ketua Setiausaha KKLW, Dato Mohd Arif Ab Rahman serta Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.