Kukuh Jenama Dan Pasaran Usahawan

btw27

Usaha memperkasakan usahawan terus dilaksanakan melalui penganjuran Brand Transformation Workshop (BTW) yang merupakan coaching secara berpakej dalam mengukuhkan penjenamaan dan pasaran yang berkesan dengan memfokuskan kepada usahawan di bawah kluster Food Beverage.

Seramai 25 usahawan dalam bidang makanan dan minuman dari seluruh negara telah terpilih untuk mengikuti program ini yang turut bertujuan membantu mereka mewujudkan winning brand yang mempunyai keunikan dan perbezaan supaya lebih kompetitif di pasaran domestik dan global.

Penganjuran BTW ini melibatkan kerjasama strategik MARA bersama syarikat Ideascape Sdn Bhd, Kelab Wanita IKON Malaysia serta Utusan Karya Sdn Bhd. yang dilaksanakan secara berfasa melibatkan enam (6) modul bermula Ogos hingga November 2016.

Program ini bakal mentransformasikan jenama syarikat usahawan Bumiputera sedia ada kepada entiti jenama (branded entity) yang dapat bersaing dan memperluaskan pasaran mereka bukan sahaja di peringkat tempatan malah sehingga ke arena global.

 

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.