Keracunan Makanan Di MRSM Baling : Pelajar Terus Dipantau

MRSM LOGO

KUALA LUMPUR, 9 November – Majlis Amanah Rakyat (MARA) memandang serius susulan kes keracunan makanan melibatkan 68 orang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Baling.Menangani perkara ini, tindakan pantas telah diambil dengan menghantar pelajar-pelajar terlibat ke Hospital Daerah Baling bagi mendapatkan rawatan.

Ketika ini, MARA masih memantau perkembangan kesihatan pelajar-pelajar terlibat malah akan terus membantu sekiranya terdapat sebarang keperluan untuk mereka mendapatkan rawatan selanjutnya.

MARA juga sedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dalam siasatan lanjut kes ini.

Memandangkan kes ini kini berada di bawah siasatan, sebarang tindakan lanjut terhadap perkhidmatan pembekalan makanan di MRSM ini akan diambil setelah siasatan selesai.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged , . Bookmark the permalink.