MARA teruskan program pengajian tinggi ke Jepun

Annuar (tengah) bergambar bersama sebahagian 1,219 calon SPM 2016 sempena Majlis Restu Ilmu dan Penyampaian Exam Kit kepada bakal calon SPM 2016 Parlimen Ketereh di SMK Kadok, Kota Bharu.

Annuar (tengah) bergambar bersama sebahagian 1,219 calon SPM 2016 sempena Majlis Restu Ilmu dan Penyampaian Exam Kit kepada bakal calon SPM 2016 Parlimen Ketereh di SMK Kadok, Kota Bharu.

KOTA BHARU: Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan 300 tempat kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini bagi menyambung pengajian ke Jepun. Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa, berkata tawaran itu bagi mengikuti pengajian peringkat diploma melalui program Pengajian Tinggi Malaysia Jepun (MJHEP) kumpulan ke tujuh di bawah Yayasan Pelajaran MARA (YPM) membabitkan peruntukkan RM90 juta.

Katanya, program berkenaan ditawarkan kepada pelajar cemerlang bidang teknikal yang berminat dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan elektrikal di lebih 20 universiti terbaik di Jepun. “Kita mengendalikan dua tahun program di universiti di Kuala Lumpur, sebelum menghantar mereka menyambung pengajian selama dua tahun di Jepun,” katanya selepas Majlis Restu Ilmu dan Penyampaian Exam Kit kepada bakal calon SPM 2016 Parlimen Ketereh di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kadok, di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Datuk Abdul Karim Mustafa dan Pengetua SMK Kadok, Masdiyah Jemain. Annuar berkata, pemilihan pelajar akan dibuat sebaik keputusan SPM diumumkan nanti bagi membolehkan pelajar mendapat biasiswa itu. Katanya, setakat ini hampir 400 pelajar MJHEP kumpulan satu hingga enam sedang mengikut program berkenaan dalam bidang mekanikal dan elektrikal.”Program ini juga diteruskan membabitkan juga program ke peringkat ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD),” katanya.

Sumber dari : http://www.bharian.com.my/node/209178

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.