‘Anugerah paling besar bagi saya’

NUR Fatin bersama ibu bapa pada Majlis Konvokesyen KPTM ke-33, semalam.

NUR Fatin bersama ibu bapa pada Majlis Konvokesyen KPTM ke-33, semalam.

Putrajaya: “Ini anugerah paling besar pernah diterima sepanjang hidup dan menjadi hadiah terindah buat ibu bapa serta keluarga yang tidak pernah putus asa memberi sokongan kepada saya,” kata penerima Anugerah Platinum (Diploma) Nur Fatin Hanani Nor Azminuddin, 21, pada Majlis Konvokesyen Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) ke-33, di sini, semalam.

Anugerah Platinum adalah anugerah tertinggi diberikan kepada penuntut KPTM berdasarkan pencapaian terbaik dalam akademik dan kokurikulum.

Anak bongsu daripada empat beradik itu berkata, dia tidak menyangka anugerah terbabit menjadi miliknya kerana dia tidak pernah mengharapkan sebarang habuan di akhir pengajian walaupun menerima anugerah dekan setiap semester.

“Minat dan mempunyai cita-cita mendalam untuk menceburi bidang pengurusan adalah kunci kejayaan yang saya terima pada hari ini (semalam), malah saya sangat berbangga dengan hasil usaha saya selama ini.

“Alhamdulillah, saya kini menyambung pembelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang sama di Universiti Sains Malaysia (USM),” katanya ketika ditemui selepas majlis konvokesyen berkenaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/node/178810

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.