KPTM TERUS UNGGUL LAHIRKAN GRADUAN BERKUALITI

Graduan KPTM nama dia syidut tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenang-kenangan bersama Menteri KKLW, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob (berjubah) sempena Konvokesyen KPTM ke 33. – Foto oleh Ashraf BTKM

Penerima Anugerah Platinum Nur Fatin Hanani tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenang-kenangan bersama Menteri KKLW Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (berjubah) sempena Konvokesyen KPTM ke 33. – Foto oleh Ashraf BTKM

oleh Noor Rasidah Abd Razak
media@mara.gov.my

PUTRAJAYA, 2 November – Seramai 7,357 graduan dari pelbagai bidang menerima Ijazah, Diploma dan Sijil sempena Majlis Konvokesyen Kolej Poly-Tech MARA kali ke-33 yang berlangsung selama empat (4) hari bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, dengan penubuhan KPTM serta gugusan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) yang lain seperti MRSM, IKM, KKTM, KPM, GMI dan UniKL membolehkan golongan Bumiputera sama ada dari bandar mahu pun luar bandar untuk mengecap peluang pendidikan yang terbaik dalam pelbagai bidang.

Merealisasikan hasrat ‘Membandarkan Luar Bandar’, KPTM turut mengambil langkah proaktif dengan mendekati masyarakat di kawasan ini melalui penerangan kursus-kursus yang ditawarkan seterusnya melahirkan graduan yang berdaya saing, seimbang dan mampu merancakkan lagi ekonomi setempat melalui ilmu dan kemahiran yang mereka miliki.

Konvokesyen kali ini menyaksikan 361 graduan menerima Anugerah Kecemerlangan Pelajar meliputi kategori Anugerah Platinum Ijazah (seorang), Anugerah Platinum Diploma (seorang), Anugerah Pingat Emas (25 orang), Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif (328 orang), Anugerah Kecemerlangan Projek Tahun Akhir Terbaik Conventry University United Kingdom (Best Project) (5 orang) dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar Terbaik, Dublin Business School Ireland (seorang).

Sehingga kini, KPTM telah berjaya melahirkan seramai 39,843 graduan di peringkat sarjana muda, diploma, sijil profesional dan sijil sekali gus menyumbang kepada kelahiran tenaga kerja profesional dan separa profesional yang diperlukan oleh negara.

Antara kursus yang ditawarkan oleh KPTM adalah Rekabentuk Grafik Berkomputer, Pendidikan Awal Kanak-kanak, Sains Komputer, Perakaunan dan Kewangan, Kejururawatan, Multimedia, Kejuruteraan Awam (Keselamatan Pembinaan) dan Kejuruteraan Elektrik (Perindustrian Elektronik).

TAHNIAH KEPADA PARA GRADUAN.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.