TERUS FOKUS MENTRANSFORMASIKAN BUMIPUTERA

Penyerahan Kit Business Process Pentadbiran Kontrak MARA untuk Digunapakai Di Semua Pusat MARA

Penyerahan Kit Business Process Pentadbiran Kontrak MARA untuk digunapakai di semua pusat MARA

Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff
media@mara.gov.my

Petaling Jaya, 27 Oktober –  Selaku sebuah socio-economic engineering agency, MARA perlu terus fokus dalam memainkan peranan dalam usaha membangunkan masyarakat Bumiputera.

Menurut Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad, warga MARA perlu melihat kepentingan merancang masa hadapan dengan mempelbagaikan program baru yang selari dengan kehendak dan tuntutan semasa yang mana program dan projek yang dianjurkan perlulah bersifat high impact, low cost and fast execution dalam melahirkan masyarakat Bumiputera yang berpendapatan tinggi.

“Justeru,  setiap warga MARA perlu mempunyai sifat integriti dan akauntabiliti yang tinggi sebagai tunjang utama dalam memastikan tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan dengan berkesan sekali gus memberi kesan dan manfaat yang besar kepada rakyat,” katanya.

Ibrahim menegaskan, bagi memenuhi tuntutan ini, MARA memerlukan barisan pemimpin dan ahli pemikir yang mampu menunjangi setiap perubahan dalam melaksanakan amanah membangunkan bangsa.

Beliau berkata demikian semasa Perhimpunan Bulanan MARA anjuran Bahagian Aset dan Perolehan yang diadakan di Kampus Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Petaling Jaya.

Tambah Ibrahim, warga MARA juga perlu mengikuti setiap prosedur kerja dengan mematuhi sepenuhnya kod etika penjawat awam demi mewujudkan persekitaran budaya kerja positif dan kondusif.

“Ini adalah selaras dengan langkah strategik kita dengan mengimplementasikan Ikrar Integriti Korporat atau Corporate Integrity Pledge (CIP) kepada warga kerja MARA termasuk subsidiari sebagai komitmen menangani apa jua bentuk korupsi dan penyelewengan semasa menjalankan tugas demi pembangunan negara,” katanya lagi.

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.