MANFAATKAN ILMU UNTUK BANGUNKAN MODAL INSAN

dsc_0018
oleh Zuraini Sainal
media@mara.gov.my
27 Oktober, Kuala Lumpur – Para kaunselor MARA diminta untuk memanfaatkan ilmu kaunseling sebaik mungkin dalam membangunkan modal insan komuniti MARA yang terdiri dalam kalangan warga kerjanya, para pelajar, para usahawan serta komuniti setempat.

Menurut Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad, kaunselor mempunyai keupayaan dan kelebihan dalam mencipta nilai dalam pembangunan komuniti modal insan melalui keupayaan berinteraksi dan memahami pelanggan dengan baik sekali gus dapat merealisasikan misi, visi dan objektif MARA dengan berkesan.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan 1st Asean Psychology and Counseling Conference di sini hari ini.
 
Program yang berlangsung selama dua hari bermula 26 Oktober ini telah menarik lebih 300 orang pengamal kaunseling dan psikologi dari seluruh negara di samping turut menampilkan beberapa orang panel dari luar negara seperti Mr Diny Hj Karim dari Brunei, Dr Kanlaya Daraha dari Thailand dan Prof Dr Firman Mahmud dari Indonesia.
 
Antara pengisian program adalah pembentangan kertas kerja, pameran psikologi serta ceramah berkaitan bidang kaunseling dengan memfokuskan kepada aspek pembentukan personaliti pekerja berkualiti berdasarkan pendekatan psikologi dan kaunseling.
 
Sementara itu, program turut menyampaikan hadiah kepada dua orang pemenang Anugerah Khas Kaunselor MARA iaitu Dr Saa’edah Abdul Rahman dan Pn Latifah bt Mohmad Ibrahim. 
 
Lain-lain anugerah yang turut disampaikan adalah Anugerah Kaunselor Cemerlang, Anugerah Unit Bimbingan dan Kaunseling Cemerlang serta Anugerah Amalan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling.
Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.