MRSM perlu kekal kecemerlangan akademik, saingi sekolah lain

SEREMBAN 15 OCTOBER 2016. (For all) Ketua Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA, Datuk Abdul Karim Mustafa ketika ditemui sempena Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kepayang di Klana Resort Seremban. NSTP/IQMAL HAQIM ROSMAN

SEREMBAN 15 OCTOBER 2016. (For all) Ketua Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA, Datuk Abdul Karim Mustafa ketika ditemui sempena Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kepayang di Klana Resort Seremban. NSTP/IQMAL HAQIM ROSMAN

KUALA BERANG: Pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) perlu menjaga kualiti bagi terus mengekalkan kecemerlangan pencapaian bukan saja akademik, malah ilmu agama, kokurikulum dan sahsiah diri.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Datuk Abdul Karim Mustafa, berkata pelajar perlu mempunyai tambah nilai tersendiri bagi membezakan kebolehan pelajar MRSM dengan pelajar sekolah lain. “Sekarang, sudah banyak sekolah dibangunkan untuk menempatkan pelajar cemerlang.

Bagi memberi persaingan sihat kepada sekolah lain, kita perlu mencipta kelainan supaya MSRM terus menjadi pilihan. “Saya yakin dengan kemudahan disediakan kepada pelajar, MRSM akan terus kekal releven sebagai sekolah menghasilkan pelajar cemerlang sejak sekian lama,” katanya merasmikan Majlis Graduasi Pelajar MRSM Kuala Berang, di sini, hari ini. Pada majlis itu, seramai 160 pelajar MRSM Kuala Berang menerima sijil graduasi.

Nur Azrin Farhana Mohd Asri menerima anugerah pencapaian Purata Nilaian Gred Tertinggi dengan pencapaian gred 3.89. Abdul Karim berkata, pelajar perlu membuat pilihan yang baik terutama dalam pemilihan tempat belajar bagi melahirkan pelajar mempunyai nilai tambah yang holistik. “Ibu bapa juga berperanan penting dalam memberi cadangan kepada pelajar memilih tempat yang baik untuk menimba ilmu.

“Bagaimanapun, ibu bapa tidak boleh menghalang kehendak anak masing-masing kerana kita tidak mahu melahirkan pelajar yang bijak pandai tetapi tidak mampu berfikir dan membuat keputusan sendiri,” katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/205931

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.