Perlis Anifest Cetus Pasaran Baharu Bidang Animasi

KANGAR 20 OCTOBER 2016. Pengarah Mara Negeri Perlis, Zahari Aziz (kanan) diiringgi Pengarah Bahagian Pemasaran Dan Pelaburan NCIA, Rosmin Mohamed (kiri) ketika melawat gerai pameran di Majlis Penutup Anifest 2016 yang diadakan di Hotel Regency Kangar. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

KANGAR 20 OCTOBER 2016. Pengarah Mara Negeri Perlis, Zahari Aziz (kanan) diiringgi Pengarah Bahagian Pemasaran Dan Pelaburan NCIA, Rosmin Mohamed (kiri) ketika melawat gerai pameran di Majlis Penutup Anifest 2016 yang diadakan di Hotel Regency Kangar. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

KANGAR: Perlis Anifest yang berakhir hari ini memberi cetusan pasaran baharu khususnya dalam bidang seni kreatif berasaskan animasi untuk generasi muda di negeri ini. Pengarah Bahagian Pemasaran dan Perhubungan Pelabur Pihak Berkuasa Pelaksaan Koridor Utara (NCIA), Rosmin Mohamed, berkata pihaknya melihat potensi dalam soal penjanaan ekonomi di negeri ini susulan sambutan diterima sepanjang tiga hari program itu berlangsung.

“Langkah diambil Majlis Amanah Rakyat (MARA) bersama kerajaan negeri dan institusi pengajian tinggi melalui penganjuran Perlis Anifest ini dilihat mampu menarik pelabur pada masa akan datang seiring dengan pembangunan negeri. “NCIA melihat MARA melaksanakan dasar terbaik untuk generasi muda mengetengahkan idea dan pada masa sama, membawa golongan ini melangkah ke arah lebih kreatif bagi pembangunan negara,” katanya, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutupan Program Perlis Anifest 2016 di Hotel Putra Regency, di sini. Perlis Anifest 2016 bermula Selasa lalu menyaksikan buat pertama kalinya animator dari seluruh negara dihimpunkan dengan pelbagai aktiviti berasaskan animasi, termasuk pameran, bengkel, bual bicara, pertandingan pitching, gerai foto dan teknik sinematografi. Sementara itu, Pengarah MARA Perlis, Zahari Aziz, berkata program yang julung kali diadakan di negeri ini dilihat sebagai satu medan yang boleh melahirkan usahawan dan menjana punca pendapatan.

“Industri ini diyakini mampu menjana pendapatan lumayan bagi mereka yang berkemahiran dan memiliki kreativiti tinggi seiring peredaran teknologi masa kini. “Bagi merealisasikan hasrat itu, MARA sudah membuka sebuah pusat latihan animasi, yang dikenali dengan nama 3D Preneur di Guar Sanji dekat Arau, di sini, sejak awal tahun ini bagi melatih mereka yang berminat dalam bidang ini,” katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/204254

Advertisements
This entry was posted in Korporat, Pendidikan. Bookmark the permalink.