Koperasi Sekolah Capai Perolehan RM1 Juta

ABDUL Fattah menandatangani plak bagi perasmian Kiosk Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu Tumpat. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

ABDUL Fattah menandatangani plak bagi perasmian Kiosk Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu Tumpat. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Tumpat: Tiga koperasi sekolah di Malaysia sudah mencapai sasaran perolehan sebanyak RM1 juta setahun, manakala lima lagi dalam proses mencapai sasaran itu sebelum Disember ini.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, sekolah itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota, Kota Bharu; Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kepala Batas, Pulau Pinang dan SMK Bintulu, Sarawak.

“Pencapaian koperasi sekolah sebagai sebahagian daripada pemacu ekonomi negara sangat menggalakkan ketika ini.

“Untuk itu, kita berharap sekurang-kurangnya 50 koperasi mampu mencapai perolehan tahunan RM1 juta menjelang empat tahun lagi,” katanya.

Beliau terdahulu merasmikan Kiosk Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu (SMKWB) di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi ANGKASA Kelantan, Datuk Che Mohd Shukree Che Isa dan Pengetua SMKWB Mohd Azmi Awang.

Abdul Fattah turut menggalakkan koperasi sekolah mempelbagaikan cabang perniagaan mereka dalam usaha mencapai sasaran pendapatan yang ditetapkan.

Katanya, antara bidang yang boleh dipelopori termasuk perkhidmatan, makanan dan penjualan peralatan sekolah.

sumber –¬†http://www.hmetro.com.my/node/175452

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan, Usahawan. Bookmark the permalink.