Bajet 2017: MARA Harap Khabar Gembira

Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad (tiga kiri) menukar dokumen perjanjian bersama Timbalan Ketua Persuruhanjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil (tiga kanan) sambil disaksikan Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa (tengah) pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MARA dan SPRM di Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad (tiga kiri) menukar dokumen perjanjian bersama Timbalan Ketua Persuruhanjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil (tiga kanan) sambil disaksikan Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa (tengah) pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MARA dan SPRM di Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur hari ini.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) berharap Bajet 2017 akan memberi khabar gembira kepada isu pembiayaan dan penajaan pelajar dalam usaha membantu golongan kurang berkemampuan menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi.

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu turut menaruh harapan tinggi agar peruntukan pelbagai program usahawan dapat diteruskan dalam usaha menjana ekonomi dalaman negara.

“Namun MARA memahami negara sedang menghadapi beberapa situasi yang sukar untuk dikawal terutama kesan faktor ekonomi luaran.

“Faktor itu sudah tentu akan menjejaskan negara kita dalam kapasiti kerajaan membiayai program-program.

“Jadi dalam keadaan itu, kerajaan sudah tentunya akan menghadapi satu situasi di mana peruntukan menjadi begitu terhad.

“Harapan kita agar Bajet 2017 dapat mendengar berita baik yang membolehkan MARA menyelesaikan berapa perkara terutama tentang pembiayaan dan penajaan pelajar-pelajar dalam negara menerusi institusi pendidikan tinggi.

“Yang kedua kita harap dalam ekonomi seperti sekarang, MARA dapat membantu merangsang ekonomi dalaman negara dengan mencipta permintaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan.

“Maka program membangunkan usahawan dan memajukan sektor ekonomi domestik menerusi program-program insentif tertentu yang akan membolehkan Mara membantu menjana ekonomi dalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara MARA dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Ibu Pejabat Mara di sini.

Turut hadir, Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad (tiga kiri) dan Timbalan Ketua Persuruhanjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil.
Mengulas MoU itu, Annuar berkata, ia merupakan sambungan MOU yang dijalankan dengan kerjasama SPRM sejak empat tahun lalu dan ia diteruskan lagi untuk tempoh lima tahun akan datang.

Jelasnya, MARA akan terus komited meningkatkan amalan integriti tinggi di kalangan kakitangannya dalam usaha memberi kesedaran tentang penyalahan gejala rasuah. – MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/ms/nasional/bajet-2017-mara-harap-khabar-gembira

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.