MARA tidak tekan pelajar bayar balik pinjaman

Alexander Nanta Linggi

Alexander Nanta Linggi

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tidak akan menggunakan kaedah menekan dalam usahanya untuk mendapatkan semula bayaran balik pinjaman lepasan pelajar tajaannya.Sebaliknya, menurut Timbalan Menteri itu, Datuk Alexander Nanta Linggi, kementeriannya menerusi Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) menganjurkan pelbagai program bagi menyedarkan bekas pelajar berkenaan, pentingnya membayar balik pinjaman berkenaan.

Katanya, daripada RM20 juta yang diperuntukan kepada 4,030 pelajar, MARA telah mengutip semula bayaran balik sebanyak RM17.8 juta.Selain itu, menurut beliau, MARA juga turut menawarkan pemberian insentif kepada peminjam membayar balik sempena sambutan 50 tahun agensi itu baru-baru ini.

Menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap yang bertanyakan apakah langkah diambil kementerian itu, Nanta Linggi berkata, MARA telah menyediakan kemudahan pembelajaran pelbagai peringkat untuk melahirkan ramai graduan bagi memenuhi keperluan pelbagai sektor di negara ini.”Kita telah nyatakan kepada pelajar yang layak menerima skim pembiayaian ini betapa perlunya mereka membuat bayaran balik bagi membolehkan kerajaan menyalurkan pinjaman kepada generasi seterusnya.

“Selain itu, MARA juga telah menyusun dasar dan strategi baharu penajaan pelajar tajaannya dengan menghantar pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara bagi jurusan Sains, Teknologi, Engineering (Kejuruteraan) dan Matematik atau STEM,” katanya.Menjawab soalan Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr. Noor Azmi Ghazali, Timbalan Menteri itu mengakui kementerian berdepan dengan implikasi kewangan jika pelajar tidak membuat bayaran balik.

Katanya, jika bekas pelajar tidak membayar pinjaman itu, sukar bagi kementeriannya membiayai pelajar baharu sehingga terpaksa mendapatkan suntikan modal daripada kerajaan.”Itulah impaknya. Bagaimanapun, kita telah memperkenalkan sistem baharu penghantaran pelajar ke luar negara mulai tahun ini iaitu membiayai mereka yang di peringkat pengajian akhir di universiti tempatan.”Pelajar di tahun akhir ini akan dibiayai untuk menghabiskan pengajian mereka di universiti luar negara,” katanya. – sumber MalaysiaGazette

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.