GIATMARA tawar 6 kursus baharu tahun depan

KOTA BHARU 18 OCTOBER 2016. Pengerusi GIATMARA, Datuk Azian Osman (dua kiri) disaksi Ketua Eksekutif GIATMARA, Jamal Nasir Othman (kanan) menyampaikan hadiah atas meraikan kejayaan Mohd Farhan Zaki (dua kanan) dan Ku Siti Khadijah Ku Pera (kiri) yang memenangi pingat emas dalam Pertandingan Kemahiran ASEAN (ASN) 2016 termasuk Anugerah Best Of Nation di GIATMARA Telipot, Kota Bharu. STR/NIK ABDULLAH NIK OMAR.

KOTA BHARU: GIATMARA akan menawarkan enam kursus baharu, termasuk penyiaran, kenderaan berat dan aeroangkasa. Pengerusinya, Datuk Azian Osman, berkata kursus penyiaran dijangka bermula pada Januari tahun hadapan di GIATMARA Pasir Gudang, Johor. Katanya, sejak ditubuhkan pada 1986, GIATMARA yang mempunyai 231 pusat di seluruh negara dan menawarkan 60 kursus sudah melahirkan seramai 356,000 usahawan.

“Daripada jumlah itu, 10 peratus muncul sebagai usahawan berjaya, manakala selebihnya bekerja sendiri dan mampu menjana pendapatan. “Setiap tahun, kami mengambil seramai 23,000 pelatih baharu untuk memenuhi kuota yang ditetapkan iaitu satu kursus 25 pelatih,” katanya pada sidang media di GIATMARA Kota Bharu, di sini, sebentar tadi.

Beliau ditemui selepas majlis meraikan kemenangan enam peserta yang mengharumkan nama negara dalam Pertandingan Kemahiran ASEAN (ASC) 2016, berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini, termasuk dua pelatih GIATMARA Kelantan yang memenangi pingat emas.

Dua pemenang pingat emas terbabit adalah pelatih bidang Teknologi Automobil, Mohd Farhan Zaki, yang memenangi anugerah ‘Best of Nation’ dan Ku Siti Khadijah Ku Pera, dalam kategori bidang Pemasangan Elektrikal. Dalam pertandingan yang dianjurkan setiap dua tahun itu, Malaysia menghantar seramai 50 peserta dan 22 daripadanya memperoleh pingat emas.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/203460

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.