Enam Pelatih GIATMARA Ke Abu Dhabi

Azian (tengah) diiringi Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, Jamal Nasir Othman (kanan) dan Mohd Farhan dan Ku Siti Khadijah memotong kek sempena majlis keraian. - Foto Sinar Harian

Azian (tengah) diiringi Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, Jamal Nasir Othman (kanan) dan Mohd Farhan dan Ku Siti Khadijah memotong kek sempena majlis keraian. – Foto Sinar Harian

KOTA BHARU – GIATMARA akan menghantar enam pelatihnya yang juga pemenang pingat emas Pertandingan Asean Skills Competition (ASC) untuk menyertai World Skills Competition di Abu Dhabi September depan.

Pengerusinya, Datuk Azian Osman berkata, ia merupakan kejayaan paling cemerlang pernah dicapai negara apabila berjaya memenangi 22 pingat emas dengan 12 daripadanya dimenangi pelatih dari Kumpulan MARA termasuk enam dari GIATMARA.

“Mereka yang menang pingat emas akan dihantar ke World Skills Competition yang akan diadakan di Abu Dhabi tahun hadapan, dan kami di GIATMARA akan berusaha untuk terus melatih pelatih kita untuk meraih emas untuk negara.

“Sebelum ini kita hanya menang gangsa. Memang persaingan di Abu Dhabi sangat sengit, tambahan pula bertanding dengan negara lebih maju seperti Korea, Jepun, Amerika Syarikat, dan Perancis yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing- masing, ia memberi kesan kepada peserta kita,” katanya.

Azian ditemui media ketika menghadiri majlis meraikan kemenangan pemenang pingat emas ASC 2016 dari GIATMARA Kota Bharu, Mohd Farhan Zaki (peserta terbaik Asia) dan Ku Siti Khadijah Ku Pera di sini, hari ini.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/nasional/enam-pelatih-giatmara-ke-abu-dhabi-1.574747

Advertisements
This entry was posted in Berita Kejayaan, Pendidikan. Bookmark the permalink.