PUSPANITA MARA Aktif Dengan Program Kebajikan Dan Kemasyarakatan

image1-18

Antara para peserta yang menyertai program HEBAT Itu Saya!.

oleh Azurawani Binti Wan Mohamed
media@mara.gov.my

BANGI 15 Oktober – Menyokong dasar-dasar kerajaan selain memberi tumpuan kepada aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan PUSPANITA Cawangan Kecil MARA tidak ketinggalan merangka berbagai aktiviti  termasuk memperluaskan jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak sama ada kerajaan, badan bukan kerajaan mahu pun sektor korporat.

Melalui Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga, PUSPANITA MARA telah mengadakan program motivasi yang dinamakan HEBAT Itu Saya! bertempat di German Malaysian Institute (GMI), Bangi pada 15 Oktober yang lalu melibatkan 330 orang pelajar secara percuma dengan mengetengahkan motivator terkenal termasuk  selebriti TV Hijrah,  Amin Idris.

Menurut Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil MARA, Datin Nor’ Ashikin Ambak, program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar menengah atas terutama mereka yang akan menduduki peperiksaan tentang kemahiran belajar yang terbaik dalam mengembangkan potensi diri mereka melalui kemahiran “Soft Skill” dan “Competitive Skill”.

“Fokus turut diberikan agar pelajar dapat meningkatkan prestasi dan membuat persiapan minda dalam mencapai kecemerlangan akademik yang berterusan bagi melangkah ke alam kerjaya yang mana kami telah maklumbalas dan reaksi yang amat positif daripada para peserta dan ibubapa,” katanya.

Tambahnya lagi PUSPANITA Cawangan Kecil MARA akan terus mengambil inisiatif menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui aktiviti-aktiviti yang memberi fokus terhadap pembangunan modal insan dan kebajikan sosial golongan remaja di samping aktif mengadakan program bersama golongan gelandangan.

Program turut diserikan dengan persembahan daripada kumpulan ‘buskers’ The Stars  yang mendendangkan lagu-lagu berbentuk motivasi dan aura positif.

Advertisements
This entry was posted in Korporat and tagged . Bookmark the permalink.