YPM tumpu program motivasi pelajar

Ketua Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA, Datuk Abdul Karim Mustafa beramah mesra bersama graduan sempena Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kepayang di Klana Resort Seremban. - Foto Iqmal Haqim Rosman

Ketua Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA, Datuk Abdul Karim Mustafa beramah mesra bersama graduan sempena Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kepayang di Klana Resort Seremban. – Foto Iqmal Haqim Rosman

SEREMBAN: Yayasan Pelajaran MARA (YPM) akan memberi tumpuan penganjuran program motivasi terhadap pelajar mulai tahun depan, berbanding penyampaian sumbangan bersifat jangka pendek.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Abdul Karim Mustafa, berkata program motivasi terbukti lebih bermanfaat untuk jangka panjang dalam meningkatkan semangat pelajar, sekali gus membolehkan mereka lebih cemerlang.

“Sumbangan seperti beg sekolah dan peralatan lain boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, tetapi kita mempunyai kelebihan untuk meningkatkan motivasi pelajar kerana mempunyai alumni yang berjaya belajar di luar negara.

“Mulai tahun depan, kita akan memperkasakan program motivasi menerusi program Jiwa Murni yang akan dianjurkan secara bersepadu dengan jabatan serta agensi lain, termasuk anak syarikat dan agensi MARA di seluruh negara.

“Melalui program dalam komuniti itu, pihak lain akan memberi bantuan dalam aspek berbeza seperti memperbaiki rumah manakala YPM mengadakan program motivasi bagi pelajar setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis graduasi pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Kepayang 2016 di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata, YPM memanggil alumni Program Pengajian Tinggi Malaysia Jepun (MJHEP) tajaannya untuk mengendalikan program motivasi terbabit, terutama perkongsian pengalaman ketika belajar di negara itu.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/202456

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.