Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UniKL Menerima Anugerah the Brand Laureate Icon Award 2016

Prof Dato’ Dr Mazliham (dua dari kanan) menerima anugerah Brand Laureate ICON (Transformational Corporate Leader) 2016.

Prof Dato’ Dr Mazliham (dua dari kanan) menerima anugerah Brand Laureate ICON (Transformational Corporate Leader) 2016.

Kuala Lumpur, 14 Oktober 2016 – Prof Dato’ Dr Mazliham Mohd Su’ud, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Kuala Lumpur menerima Anugerah Brand Laureate ICON (Transformational Corporate Leader) 2016 di dalam majlis yang diadakan di Majestic Hotel, Kuala Lumpur.

Anugerah The Brand Laureate ICON Leadership meraikan ikon penjenamaan yang juga merupakan tokoh-tokoh pemimpin terkemuka negara. Bertujuan untuk memartabatkan industri penjenamaan pelbagai perusahaan negara, anugerah ini adalah hasil inisiatif Asia Pacific Brand Foundation (APBF), sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan.

Penganugerahan kepada Prof Dato’ Dr Mazliham adalah diatas kepimpinan beliau dalam mentransformasikan UniKL sebagai antara institusi pendidikan premier negara.

Komitmen beliau kepada organisasi dan penjenamaan telah melonjakkan jenama UniKL di samping pembudayaan nilai-nilai seperti integriti, amanah dan sifat bertanggungjawab yang beliau terapkan.

Justeru, anugerah ini merupakan simbolik kepada kejayaan beliau sepanjang berkhidmat bersama UniKL malah kualiti kepimpinan tersebut menjadi contoh teladan dan sumber inspirasi kepada semua warga kerja dan mahasiswa-mahasiswi UniKL.

Tahniah lagi sekali Dato’ Presiden dan semoga anugerah ini terus menyemarakkan semangat warga UniKL untuk menempa kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.

Advertisements
This entry was posted in Korporat, Pelaburan, Pendidikan and tagged , . Bookmark the permalink.